Wednesday 9 January 2013

Restoren Abang Mie Cabang Empat Salam

Sesiapa yang ke Rantau Panjang, Kelantan melalui Pasir Mas akan menempuh satu simpang empat dimana pihak-pihak keselamatan bertugas disitu memeriksa kenderaan yang datang dari Rantau Panjang yang dikhuatiri menyeludup barabg-barang dari Thailand ke Malaysia. Disitu juga terdapat sebuah restoren yang berdinding kaca dan ada surau serta tandas disediakan kepada pelanggan. Pemilik restoren seorang yang mesra pelanggan yang dikenali dengan abang mie. Pelanggan beliau suka berkunjung ke restoren beliau kerana sikap ramah beliau. Disamping itu ramai yang tahu didalam restoren itu juga ada disediakan kemudahan untuk taklimat atau majlis penerangan.

Mengambil peluang kemudahan asas yang restoren abang Mi sediakan, Group MXB Kelantan (GMK) dibawah presidennya Dato' Ramli Mat Ali atau kawan-kawan rapat beliau memanggi beliau abang Li,  menjadikan restoren abang Mi sebagai lokasi rasmi GMK bahagian Pasir Mas dan Rantau Panjang. Pada 15 Januari ini telah dirangka satu majlis yang agak besar bagi GMK kawasan ini. Dijangka kehadiran yang ramai dan gemilang dengan disertai oleh pegawai-pegawai ibubejabat MXB.

No comments:

Post a Comment