Sunday 17 November 2013

Jom teruskan bisnes mudah ini

Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat kembali dari tanah suci bagi menunaikan fardhu haji. Kembali dengan membawa semangat baru untuk terus menerjah pasaran baru Vken. Jadi saya mengajak anda semua rakyat Malaysia untuk sama-sama berazam membantu rakan-rakan kita yang bermasaalah kesihatan menggunakan teknologi moden berasaskan pakaian. Sambil membantu rakan-rakan kita sambil kita mencari pendapatan tambahan yang disediakan oleh syarikat MXB.

Monday 12 August 2013

MXB meraikan Syawal

MXB akan mengadakan sambutan Idilfitri peringkat ibupejabat pada 21 August 2013 dan menjemput ahli2 MXB dan prospek sama-sama memeriahkan majlis sambutan ini. Sesi perkongsian ilmu juga akan diadakan selepas solat Isyak yang akan dipimpin oleh kak Faizah, kak Mawar dan En Zulkifli.

Perjuangan berterusan

Setelah menamatkan puasa sebulan dan telahpun merayakan idilfitri dengan penuh keriangan, jangan lupa untuk meneruskan perjuangan yang tidak akan ada noktah ini. Selagi manusia makan minum dan menambah usia menawarkan produk MXB khususnya Vken dan produk lain wajib diteruskan. Membantu insan lain sama dan mesti seiring dengan usaha dakwah memperkenal dan meningkatkan keimanan. Lebih-lebih lagi musim merayakan syawal ini dipenuhi dengan undangan OPEN HOUSE, kita makan tanpa proses didiplin kesihatan yang mantap. Akibat makan ramai dari kita akan mengalami penyakit-penyakit kronik yang tidak dkehnedaki. Penawar ada pada kita yang mesti diwar-warkan. Usaha dan istiqomah perlu supaya masyarakat terus diperkenalkan dengan produk MXB.

SELAMAT BERJAYA

Monday 22 July 2013

Tawaran Istimewa dari MXB

Bermula 22 Julai 2013 syarikat MXB telah menawarkan satu set percuma bagi setiap belian mana-mana produk MXB. Tawaran ini sangat lumayan dimana satu set percuma boleh dipilih samada reborn cream, stoking atau kneepad yang beharga RM630. Bagi yang mencari peluang dan ada bajet inilah peluang yang sangat-sangat luar biasa. Tawaran akan dibuka sehingga 4 August. Bagi yang bercadang menjadi e-mobile teruskan menjadi e-mobile dimana dengan membeli 20set bg menjadi e-mobie anda akan mendapat 4set percuma. Sungguh berbaloi.

Friday 21 June 2013

Reminder - Annivesary ke 5 MXB

Annivessary ke 5 MXB International
Untuk ahli2 MXB yang ingin hadhir sila dapatkan tiket dari HQ atau Puan Hjh Zaleha Abdullah di talian 012-311-5410

Tuesday 18 June 2013

Kepentingan Ilmu

Ilmu dalam semua perkara berkaitan hidup manusia adalah penting. Samada ilmu didapati dari sekolah, universiti, terus dari para ilmuan, dari pengalaman dan sebagainya, maksudnya boleh dari pelbagai sumber. Ada orang menyintai ilmu, mencari lmu, dan ada juga mencari bila perlu dan ada juga tak perlu ilmu, apa orang buat ikut saja. MXB menyediakan produk, sistem dan ilmu untuk menggunakan, memasarkan dan menjual produk. Ibupejabat MXB sentiasa terbuka sejak lebih 5tahun bagi ahli mendapat ilmu, dan prospek yang dibawa ahli untuk mendapatkan ilmu. Bila sudah ada ilmu barulah dapat kesedaran menghargai produk dan terus mengunakan dan memasarkannya. Di d4U sendiri yang bertempat di seksyen 4 Bandar Baru Bangi sentiada ada majlis ilmu setiap Isnin. Tak perlu bayar apa2 malah minuman ringan disediakan. Bagi yang mencari dan menyintai ilmu tentulah merasakan ianya satu peluang, tapi yang tidak menghargai ilmu ianya mengganggap peluang ini tidak mempunyai apa2 arti untuk kehidupannya.

Tuesday 11 June 2013

FAQ - Soalan Yang selalu Ditanya

1. Jari kelingking kaki saya bengkak selepas memakai stoking, apa patut saya buat
Jawapan Rj: Kemungkinan sebab darah blok, mungkin juga sebab lain, cuba jangan pakai stoking dan teruskan meminum air secukupnya. Bila reda bengkak pakau semula.

2. Bolehkah sesorang yang mengandung memakai stoking>
Jawapan Rj: Stoking perlu dipakai bagi melancarkan perjalanan darah seseorang. Stoking bukan makanan jadi ianya bukan sahaja tidak memberi kesan buruk malah membantu ibu2 mengandung bertenaga.

Tuesday 14 May 2013

xpdc Gua Musang

Gua Musang mempunyai situasi tersendiri yang luar biasa. Dari segi penduduk Gua Musang di warnai oleh berbagai bangsa sdan berbagai latar kehidupan. Ramai penduduk Gua Musang bkan warga asal Gua musang, tetapi datang dari berbagai pelosok tanah air. Membawa produk Vken ke Gua Musang adalah pengalaman menarik dan penuh warna warni. Setakat ini mereka yang membeli dan menggunakan produk Vken teriri dari warga elit Gua Musang, kaitangan kerajaan dan pengusaha perniagaan sekitar bandar Gua Musang. Jualan pesat di Gua Musang memberi nafas segar kepada perniagaan MXB di Gua Musang. antara jabatan kerajaan yang melanggan dan menjadi ahli MXB dari MDGM, RISDA, Guru-guru, PDRM, JPP dan lain-lain. Usaha keras warga tempatan yang diketuai oleh usahawan Nasrom Nor menjadikan produk MXB mula dikenali di Gua Musng.

Monday 8 April 2013

MXB Kelantan

Gua Musang Kelantan merupakan pintu masuk utama dari Pahang ke Kelantan. MXB telah bertapak di Kelantan da Gua Musang merupakan antara sasaran utama MXB untuk memasarkan produk-produk MXB. Sasaran awal telah melihat kecenderungan positif bila dapat menembusi jabatan;jabat kerajaan, instusi, Felda dan sebagainya. Memperolehi Leader yang luar biasa di Gua musang merupakan bonus kepada MXB

Wednesday 3 April 2013

Peta Akaun

Ramai rakan-rakan masih tertanya-tanya tentang kedudukan keahlian MXB. Ianya mudah sahaja dimana prospek boleh memilih jenis-jenis akaun yang dia mampu. samada Silver, Gold atau Diamond. Kelebihan jenis akaun ini terletak kepada pasangan yang layak dalam sehari. Akaun Silver adalah akaun paling mudah dan rendah iaitu dengan belian satu set mana-mana pakej produk contohnya stoking 4pasang degan harga RM630. Dengan Akaun Silver ahli layak mendapat bonus pasangan tidak melebihi 20pasang sehari. Sekiranya ahli mendapat pasangan lebih dari 20pasang bonus akan dibawa untuk dikira pada hari berikutnya.

Akaun Gold lebih menarik dimana ahli layak mendapat bonus sebanyak 50pasang sehari.
Akaun Diamond adalah akaun paling menarik dengan kelayakan bonus pasangan harian sebanyak 120 pasang, dan layak memohon menjadi stokist e-Mobile.

Sunday 31 March 2013

Pekembangan MXB Kelantan menakjubkan

Sebelum ke Kelantan, Lembah Kelang ialah lubuk pertama yang diterokai oleh dagang4U, dan di Kelantan merupakan lubuk kedua yang sangat cepat perkembangan perniagaan MXB berkembang. Walaupun pada peringkat awal hanya dibuat table talk sahaja dengan leader-leader sekitar Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas, ianya terus berkembang sehingga MXB dapat mengadakan NDO pertama di Kelantan. Terkini sudah ada stokist e-Mobile di Ketereh Kelantan yang diusahakan oleh cikgu Abdullah Jusoh. Sebuah lagi e-mobile akan wujud di Gua Musang bagi memenuhi keperluan stok di Kelantan Selatan yang akan diusahakan oleh Tuan Haji Kamaruzaman. Kepada rakan2 di Kelantan sila hubungi cikgi Abdullah bagi kawasan utara dan Tan Haji Kamaruzaman bag Kelantan Selatan.

Komunikasi:
1. Cikgu Abdullah Jusoh: 019-9365859
2. Tuan Haji Kamaruzzaman: 010-9248058

Thursday 28 March 2013

Langkah terus menerus

MXB Kelantan dibawah arkitek cikgu Din dan Rosli Abd Rahman mengorak langkah seterusnya dengan mengadakan kursus pertama diKelantan untuk memastikan ahli MXB Kelantan bermaklumat dan berupaya mengembangkan perniagaan MXB di Kelantan. Mungkin ramai sudah maklum Kelantan mempunyai pembeli, peruncit dan pemimpin perniagaan yang ramai. Walaupun pada peringkat ini hanya ahli-ahli yang terpiih sahaja yang dijemput hadhir namum kurus yang diadakan berjalan dalam suasana gamat interaktif dan panas. Peluang ini diambil oleh ahli untuk mengenali pemimpin senior dan telah berjaya iaitu antaranya Tuan Haji Lockman yang dibawa khas dari Kuala Lumpur. Kursus telah dikendalikan oelh pegawi MXB yang berpengalaman dan sangat membantu Mr Kelvin Ong...

Wednesday 13 March 2013

Info Kesihatan

SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.....

Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan. Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat. Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik. Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan. “Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan. “Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi. Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar. “Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut. “Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasny

Monday 11 March 2013

Penemuan saintis tentang penyakit jantung manusia


CHICAGO - Walaupun tanpa makanan segera atau rokok, manusia telah mengalami masalah jantung tersumbat kira-kira 4,000 tahun lalu, menurut satu kajian ke atas lebih 100 mumia.
Menurut beberapa penyelidik, penemuan itu menunjukkan sakit jantung mungkin kerana faktor semula jadi kerana umur manusia semakin tua berbanding faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tersebut seperti merokok, memakan makanan berlemak dan tidak bersenam.
Penemuan itu dibuat menerusi imbasan tomografi berkomputer ke atas 137 mumia.
Mumia-mumia itu ada yang berusia sehingga 50 tahun.
Imbasan tersebut menunjukkan satu pertiga daripada mumia itu mengandungi tanda-tanda aterosklerosis atau pengerasan arteri.
Ia dilakukan ke atas mumia yang dipercayai pernah menjalani kehidupan yang sihat semasa hidup.
Aterosklerosis menjadi punca berlakunya serangan jantung dan strok.
Lebih separuh daripada mumia yang menjalani imbasan itu berasal dari Mesir.
Baki mumia lain datang dari Peru, barat daya Amerika dan Kepulauan Aleutian di Alaska.
"Sakit jantung telah melanda manusia lebih 4,000 tahun di serata dunia," kata seorang pakar kardiologi di Institut Jantung Saint Luke's Tengah Amerika di Kansas, Dr. Randall Thompson.
Beliau merupakan ketua penulis kajian itu.
Mumia-mumia yang didapati mempunyai tanda-tanda aterosklerosis itu didapati mati pada usia yang tua.
Penyakit jantung merupakan punca utama kematian lelaki dan wanita di Amerika Syarikat (AS).
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kira-kira 600,000 orang mati pada setiap tahun di negara ini kerana sakit jantung. - Agensi

Thursday 7 March 2013

D4U menawan Gua Musang, Kelantan, ..Merapoh, Pahang

bersama Che Mat, orang kuat Akedemi...

Nasrom Nor...arkitek D4U Gua Musang

MXB group d4U menawan Akedemi Musang, Gua Musang

Akademi memandu yang luas, selesa terletak di Simpang Kundur, Gua Musang

Pandangn jarak dekat Litar Memandu Akademi 

Che Mat dan Nasrom akan menggerakkan rangkaian MXB di Gua Musang

Kantin tempat para pelajar dan kakitangan akademi menjamu selera

RJ bersama Che Mat...kita yakin dengan izin Allah Gua Musang akan mengenali produk-produk MXB
RJ bersama bos dan pemilik Akademi Tuan Hj Amri, dengan skonga Tuan Haji Amri Vken mampu meneroka lebih jauh


RJ diapit oleh dua orang kuat Akademi....syabas Tuan Haji....we go together..
Malam terakhir di pondok Merapoh bersama Tuan Guru Hj Abdullah di pondok beliau..

Sunday 3 February 2013

Makluman operasi d4U sepanjang Februari 2013


1. Ibu pejabat MXB Kuala Lumpur akan menutup operasi dari 9 Februari hingga 16 Februari.

2. Berikutan penutupn operasi HQ kelas-kelas pada 7Februari dan 16 Februari ditangguhkan

3. MXB akan meneruskan sesi taklimat di Gua Musang pada 8 Februari, Machang 9 Februari, Pasir Mas 10 Februari, Kota Bharu 11Februari dan Pulai Chondong 12 Februari. Sila hubungi rj di talian 013-6681150 untuk keterangan lanjut.

4. Kelas pengajian di D4U Bdr Baru Bangi diteruskan seperti biasa kecuali 11Februari.

Fakta yang perlu anda tahu tentang Reborn Cream


Adakah MAX3 Reborn Cream dikategorikan sebagai ubat?

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam MAX3 Reborn Cream ialah Ekstrak Keladi Liar Amerika, Isoflavon Soya, Ekstrak Biji Anggur dan Minyak Jojoba. Kesemua bahan ini diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan segar dan asli. Keladi Liar Amerika telah lama digunakan sebagai herba tradisional yang penuh khasiat, sama ada dimakan atau disapu terus pada kulit. Untuk memudahkan pengguna menikmati khasiat optimum tumbuh-tumbuhan ini, kesemuanya telah digabungkan dalam MAX3 Reborn Cream melalui kaedah teknologi yang canggih. Oleh kerana MAX3 Reborn Cream bertindak sebagai suplemen kesihatan yang dapat mengawal atur fungsi tubuh, kami menganggap MAX3 Reborn Cream sebagai “suplemen fungsian” dan bukannya sebagai sejenis ubat.

Adakah saya perlu bergantung kepada MAX3 Reborn Cream untuk sepanjang hayat? Jika saya berhenti menggunakan krim ini untuk seketika, adakah kulit atau sistem mekanisme tubuh saya akan menjadi semakin teruk berbanding sebelumnya?

MAX3 Reborn Cream diklasifikasikan sebagai “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh”. Siapakah yang perlu menjalani terapi hormon? Ia diperlukan oleh mereka yang menghadapi masalah hormon yang tidak mencukupi dalam tubuh. Tahap hormon yang rendah akan mempercepatkan proses penuaan dan MAX3 Reborn Cream terbukti berkesan untuk mengatasi masalah ini. Penuaan adalah proses yang berterusan; MAX3 Reborn Cream digunakan khusus untuk melambatkan penuaan. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang berhenti menggunakan krim ini, proses penuaan semula jadi akan kembali bermula tetapi lazimnya dengan kadar yang lebih cepat.

Bolehkah saya menggunakan MAX3 Reborn Cream ketika saya sedang mengambil ubat untuk merawat tekanan darah tinggi?

Krim ini boleh digunakan mengikut dos dan cara pengambilan yang telah ditetapkan. Pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi lazimnya memiliki kandungan lemak dalam darah yang terlalu tinggi hingga menyebabkan saluran darah mengeras dan tekanan darah meningkat. Kebanyakan ubat untuk tekanan darah tinggi bertindak dengan mengembangkan saluran darah atau berfungsi sebagai agen diuretik. MAX3 Reborn Cream membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon – ia meningkatkan tahap progesteron yang bertindak sebagai agen diuretik bagi mengawal tekanan darah. Selain itu, progesteron boleh mengawal atur kandungan lemak darah, meningkatkan keanjalan saluran darah dan mencegah pengerasan arteri. Gabungan krim ini dan rawatan sedia ada pastinya merupakan pilihan yang sungguh tepat!

Dapatkah MAX3 REBORN CREAM mengurangkan masalah rambut gugur?

Bila usia bertambah, rahim menjadi makin lemah dan penghasilan progesterone berkurangan. Apabila ovari hentikan penghasilan progesterone, kelenjar suprarenal memikul tugas baru menghasilkan hormon wanita. Dalam proses tanggungjawab tersebut, kelenjar turut hasilkan androgen (hormon lelaki pada wanita) yang mengakibatkan lebih rambut di wajah dan tubuh manakala rambut di kepala makin menipis. Apabila tubuh dapat bekalan progesteron yang cukup, cortex adrenal di kelenjar supraneral tidak lagi perlu hasilkan progesteron tambahan untuk gantian, itu bermakna androgen akan di kurangkan. Progesteron juga dikenalpasti mempunyai kesan anti-depressi oleh itu ia mampu kurangkan tekanan jiwa yang berkaitan rapi dengan pernipisan rambut di kepala.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream membantu menyelesaikan masalah bulu roma berlebihan?

Androgen atau hormon lelaki yang dirembeskan oleh ovari dan kelenjar suprarenal berfungsi merangsang pertumbuhan bulu roma pada wanita. Sekiranya tahap testosteron terlalu tinggi, bulu roma berlebihan akan tumbuh pada bibir, dagu, bahu dan paha dan ini pasti menyebabkan wanita itu terasa tertekan. Terapi progesteron merupakan kaedah rawatan yang lazim digunakan kerana ia boleh menyekat proses penghasilan hormon lelaki secara tidak langsung. MAX3 Reborn Cream membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon, oleh itu, ia adalah sumber semula jadi terbaik untuk progesteron dan sangat sesuai digunakan bagi mengatasi masalah pertumbuhan bulu roma berlebihan pada wanita.

Bolehkah MAX3 REBORN CREAM mampu membantu luka, kesan melecet dan kesakitan otot?

MAX3 REBORN CREAM boleh mengurangkan luka, kulit merekah, lebam dan alah kulit. Ia juga boleh diguna untuk merawat ulser kulit. Apabila disapu pada otot yang sakit, ramai yang menyatakan rasa lega. Kadangkala, krim ini turut digunakan oleh pemilik binatang perliharaan ke atas haiwan tersebut untuk merawat luka serta ulser.

Mampukah MAX3 REBORN CREAM merawat gout?

MAX3 REBORN CREAM adalah penjagaan kesihatan tambahan, bukannya ubat. Ianya bukan untuk merawat penyakit. Gout disebabkan oleh metabolisma yang lemah, bukan dicetus oleh hormon. Walaubagaimanapun, MAX3 REBORN CREAM membantu rembesan kelenjar yang menormalkan metabolisma, kekerapan gout boleh dikurangkan. Tambahan pula, kortisol yang diubah dari MAX3 REBORN CREAM dapat mengurangkan keradangan dan kesakitan, maka kesan gout akan berkurangan.

Tangan dan jari saya membengkak dan kebas. Saya tak mampu menggenggam tangan, maka bolehkah pengunaan MAX3 REBORN CREAM membantu?

Dari statistik yang direkod, ramai penghidap lelaki dan perempuan mengalami pengurangan kesakitan dan bengkak selepas 5 hari penggunaan berterusan. Kekebasan tangan juga dikurangkan.

Selepas menyapu MAX3 REBORN CREAM sebelum tidur , saya alami kesukaran untuk tidur?

Dengan menormalkan tahap hormon, kualiti tidur yang nyenyak dapat dicapai. Adalah disarankan untuk menyapu krim sekurang-kurangnya 4 atau 5 jam sebelum tidur kerana MAX3 REBORN CREAM bertindak pantas ke dalam system hormon dan memberi tenaga pada tubuh. Maka, jika anda mengalami masalah untuk tidur selepas menyapu krim, cuba sapukan pada waktu lebih awal seperti saranan di atas.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream membantu mengurangkan berat badan?

Jika pengumpulan lemak terjadi akibat ketidakseimbangan endokrin atau proses metabolisme yang terganggu, MAX3 Reborn Cream boleh membantu menormalkan semula rembesan hormon dan mempercepatkan metabolisme; penahanan air dalam tubuh akan berkurangan supaya berat badan semakin turun. Dengan diet yang sempurna, senaman fizikal yang sesuai atau urutan yang membantu membakar lemak berlebihan, usaha pengurangan berat badan pasti akan tercapai dengan lebih mudah.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream digunakan oleh lelaki?

Ya, lelaki juga boleh menggunakan MAX3 Reborn Cream. Ia merupakan sumber bahan-bahan mentah utama yang seterusnya akan diproses menjadi hormon lelaki oleh tubuh manusia. Untuk lelaki yang sudah berusia, krim ini sangat berkesan bagi menyihatkan kulit, mengurangkan tetua dan juga mencegah osteoporosis.

Adakah sifat lelaki akan bertukar menjadi kewanitaan selepas menggunakan MAX3 Reborn Cream?

Tidak sekali-kali. Bahan utama yang terkandung dalam MAX3 Reborn Cream ialah Keladi Liar Amerika yang boleh diambil dengan selamat oleh lelaki dan juga wanita. Ia merupakan prekursor hormon yang berfungsi bagi membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon. Bahan aktif ini akan ditukar menjadi progesteron bagi wanita dan testosteron bagi lelaki. Keladi Liar Amerika amat berkhasiat untuk menyuburkan tiroid, kelenjar adrenal dan testis serta melancarkan mekanisme tubuh. Oleh itu, sekiranya seseorang lelaki menggunakan MAX3 Reborn Cream, sifatnya tidak akan berubah menjadi kewanitaan. Sebaliknya, sifat kelelakiannya akan semakin terserlah.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream meningkatkan keinginan seks?

Ya, jika digunakan dengan sewajarnya. Namun begitu, MAX3 Reborn Cream bukanlah dikategorikan sebagai afrodisiak. Keinginan seks lazimnya berkait rapat dengan keadaan psikologi dan fisiologi tubuh. MAX3 Reborn Cream berfungsi untuk mengawal atur dan melancarkan sistem tubuh agar sistem fisiologi tubuh kembali normal dan apabila ini tercapai, keinginan seks mungkin akan menjadi bertambah kuat.

Adakah pengambilan ekstrak plasenta lebih bermanfaat untuk saya?

Ekstrak plasenta diambil daripada uri haiwan dan mengandungi pelbagai jenis bahan bioaktif. Manfaat penggunaannya sukar untuk ditentukan. Plasenta haiwan juga mungkin mengandungi virus (seperti AIDS, Hepatitis B) dan proses penghasilannya sering terdedah kepada pelbagai kontaminasi. Faktor-faktor ini perlu dipertimbangkan sebelum anda memulakan sebarang bentuk rawatan berunsurkan ekstrak plasenta haiwan. Sebaliknya, MAX3 Reborn Cream adalah “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” dan tidak akan menimbulkan masalah seperti di atas kerana ia diekstrak sepenuhnya daripada tumbuh-tumbuhan. Anda juga harus ingat bahawa progesteron yang terkandung dalam ekstrak plasenta haiwan ini boleh dimusnahkan oleh asid perut dan apabila ini terjadi, keberkesanannya akan terhapus sama sekali.


Adakah MAX3 REBORN CREAM berkesan untuk simtom selepas menopause?

Wanita dari tahun 60an dan 80an akan mengalami kekeringan kulit, kedutan di muka dan tangan, saluran darah serta bintik coklat akan timbul pada kulit. MAX3 REBORN CREAM mampu menghasilkan pemulihan menakjubkan pada kulit selepas beberapa minggu, walaupun ada yang memerlukan lebih masa (beberapa bulan). Kesan ketara seperti lenyapnya bintik coklat (tompok usia) serta rerambut di belakang tangan.

Mengapa kulit saya menjadi bertambah hitam selepas menyapu MAX3 REBORN CREAM?Berapa lama masa diambil untuk merawat pigmentasi? Bagaimana harus saya gunakan krim?

Apabila usia mencecah setengah abad, sistem hormon dalaman kita mula lembab oleh itu ia menjadi tidak seimbang. Apabila melanin kulit tidak dimetaboliskan dengan cukup pantas, pigmentasi atau ‘tompok usia’ mula terhasil di permukaan kulit. Apabila anda mengguna MAX3 REBORN CREAM untuk perbetulkan keadaan, system tubuh anda akan menyahkan melanin berlebihan melalui kulit, mengakibatkan kulit anda tampak lebih gelap pada peringkat permulaan. Apabila keseimbangan metabolisma melanin dipulihkan dan setelah lapisan kulit kasar dibuang, kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Proses ini lazimnya mengambil masa 120 hari. Untuk mendapat kulit yang lebih sihat dan berseri, amat perlu menggunakan produk berdasarkan arahan penggunaan.

Bolehkah terapi progesteron berkesan untuk merawat osteoporosis?

Kebanyakan pakar perubatan akan memberitahu wanita menopaus bahawa osteoporosis adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, Dr. John Lee M.D. berpendapat sebaliknya. Sepanjang penyelidikan dan pemerhatian selama bertahun-tahun lamanya, beliau telah berjaya merawat 100 wanita menopaus hanya dengan menggunakan Ekstrak Keladi Liar Amerika, bahan utama yang terkandung dalam MAX3 Reborn Cream. Kebanyakan pesakit beliau menghadapi masalah pengurangan ketinggian tubuh (salah satu simptom osteoporosis) dan ramai juga yang mengalami patah atau keretakan tulang lebih daripada sekali. 

Kajian menunjukkan bahawa progesteron yang dijanakan oleh “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” ini berjaya menambahkan ketumpatan tulang sebanyak 10% sepanjang 6~12 bulan pertama terapi. Peningkatan tahunan sebanyak 3~5% boleh dilihat dalam tahun-tahun berikutnya sehinggalah tahap ketumpatan tulang yang bersamaan dengan seseorang yang baru berusia 35 tahun dicapai. Kesan pemulihan ini boleh dilihat dengan lebih ketara dalam kes-kes yang serius. Sepanjang penyelidikan, tiada sebarang laporan mengenai patah tulang akibat osteoporosis diterima daripada kumpulan subjek tersebut. 

Berbekalkan bertahun-tahun pengalaman, Dr. John Lee M.D. telah membuktikan bahawa osteoporosis bukan sahaja boleh dielakkan, malah ia juga dapat dirawat. Program rawatan yang dipelopori beliau telah berjaya meningkatkan ketumpatan kalsium dalam vertebra, femur, humerus dan tulang rusuk.

Dr. John Lee juga telah menunjukkan bahawa terapi progesteron tulen sememangnya berkesan walaupun seseorang wanita sudah lama menopaus. Antara subjek dalam kumpulan kajian beliau ialah seorang wanita berusia 82 tahun yang berjaya menambahkan 40% ketumpatan tulang selepas menjalankan rawatan selama 4 tahun. Lebih mengagumkan, tiada seorang pun daripada 100 subjek kajian ini mengalami sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.

Berdasarkan kajian di atas, kesimpulan boleh dibuat bahawa osteoporosis bukan terjadi akibat penuaan, sebaliknya, ia berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Penggunaan Ekstrak Keladi Liar Amerika untuk membekalkan bahan-bahan mentah bagi menghasilkan hormon-hormon utama seperti progesteron dan estrogen, pengambilan diet yang seimbang dan senaman yang sesuai pasti berkesan untuk mengawal kemaraan osteoporosis.

Untuk mengatasi masalah osteoporosis, seseorang harus mengambil lebih banyak kalsium bersama vitamin D atau makanan berasid bagi membantu penyerapan kalsium. Perlukah saya menggunakan MAX3 Reborn Cream juga?

Pencegahan osteoporosis bergantung kepada penyerapan kalsium dan bukannya kuantiti kalsium yang diambil. Vitamin D dan makanan berasid dapat membantu saluran pencernaan menyerap kalsium tetapi ia tidak menjamin bahawa kalsium dalam darah akan berjaya ditukarkan menjadi tulang. Tahap kalsium darah yang tinggi pula mungkin mengakibatkan pembentukan batu karang. Kaedah terbaik untuk meningkatkan ketumpatan tulang adalah melalui kaedah pemprosesan kalsium oleh aktiviti biologi tubuh yang dirangsang oleh progesteron. MAX3 Reborn Cream adalah “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” yang berupaya membantu tubuh untuk menghasikan progesteron bagi mengawal ketumpatan tulang daripada merosot. Penggunaan MAX3 Reborn Cream boleh digabungkan bersama pengambilan vitamin D atau makanan berasid untuk memperoleh hasil yang lebih baik.

Apakah kaitan tahap penyerapan dengan kuantiti penggunaan MAX3 REBORN CREAM dalam kes wanita yang telah menopaus?

Semakin cepat tahap penyerapan, semakin banyak kuantiti progesteron asli diperlukan. Jika krim diserap dalam masa kurang daripada 2 minit, ini menunjukkan lebih kuantiti perlu diguna. Tempuh 5 minit lazim dijadikan sebagai tauladan. Anda boleh mencapai tahap tersebut selepas 2 hingga 4 hari penggunaan.

Bolehkah lemak pada wajah dikurangkan, keanjalan payudara bertambah dan bentuk punggung menjadi menawan dengan hanya satu botol MAX3 Reborn Cream?

Boleh, kerana hormon berkait rapat dengan kelahiran, tumbesaran, perkembangan dan penuaan seseorang manusia. Pada peringkat tumbesaran (terutamanya bagi wanita), bentuk tubuh akan menjadi semakin ketara dan kulit kelihatan cantik dan berseri hasil peningkatan tahap hormon di dalam tubuh. Setelah hormon mencapai kemuncaknya, ia akan kembali turun dan ini akan mencetuskan penuaan! MAX3 Reborn Cream bertindak sebagai sumber bahan mentah bagi meningkatkan semula tahap hormon yang semakin kurang ini untuk mengatasi tanda-tanda penuaan dan mengekalkan fungsi tubuh yang lancar!

MAX3 Reborn Cream boleh menganjalkan payudara dan melangsingkan tubuh. Jika disapu terus pada payudara, adakah bahagian ini akan mengecil?

Anda harus faham bahawa hormon bertindak secara dalaman dan setiap kelenjar mempunyai fungsi yang unik. Itulah sebabnya semasa baligh, buah dada seseorang gadis akan terbentuk dengan baik tetapi pinggangnya akan mengecil. Atas sebab yang sama, seseorang budak lelaki tidak akan membesar menjadi wanita! Tubuh kita memiliki struktur unik dengan keupayaan untuk mencapai keseimbangan secara bebas dan juga dengan bergantung antara satu sama lain. Hormon akan mempengaruhi tubuh secara keseluruhan dan bukannya pada luaran sahaja. Oleh itu, masalah yang anda bimbangi ini tidak akan timbul.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang terhadap keberkesanan MAX3 Reborn Cream dalam mengembalikan semula keremajaan dengan begitu cepat?

(1) MAX3 Reborn Cream mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Keladi Liar Amerika yang memiliki struktur molekul yang sama seperti molekul hormon manusia. Ia merupakan prekursor lebih 50 jenis hormon yang boleh ditukarkan menjadi hormon asli yang diperlukan oleh tubuh. 

(2) MAX3 Reborn Cream juga mengandungi satu lagi bahan penting iaitu Ektrak Biji Anggur yang sangat handal menentang radikal bebas kerana ia memiliki 18 kali ganda Vitamin C dan 50 kali ganda Vitamin E berbanding ekstrak lain. Ia juga berupaya melancarkan pengaliran darah bagi mempercepatkan penyerapan bahan-bahan aktif 

(3) MAX3 Reborn Cream menggunakan kaedah PET (Permeation Excipient Technology), sistem transmisi nanoteknologi terkini, sebagai medium pengangkutannya. Inilah faktor-faktor yang menjadikan MAX3 Reborn Cream begitu efektif.

Mengapa sesetengah pengguna tidak memperoleh kesan yang ketara manakala pengguna yang lain pula mungkin menunjukkan tindak balas pada peringkat permulaan sahaja?

Usaha menterbalikkan penuaan seharusnya melibatkan proses penyuburan jangka panjang bagi mengekalkan keremajaan untuk tempoh yang lebih lama. Jika tubuh sudahpun berada dalam keadaan sihat dan stabil, anda mungkin tidak akan dapat melihat sebarang perubahan yang ketara.

Jika “krisis pemulihan” berlaku hanya pada bahagian tertentu tubuh, adakah ia bermakna bahawa bahagian tersebut tidak sihat?

Ya, tubuh kita mempunyai pelbagai kaedah dan saluran yang sesuai untuk mengumuhkan toksin. Lazimnya, proses ini melibatkan bahagian tubuh yang paling bermasalah dan yang amat memerlukan perhatian.

Adakah MAX3 Reborn Cream dikategorikan sebagai steroid?

MAX3 Reborn Cream sama sekali tidak mengandungi sebarang steroid. Kami juga mempunyai pelbagai laporan kajian bagi membuktikan ia tidak mengandungi apa jua jenis hormon. Oleh itu, ia sememangnya amat selamat untuk digunakan.

Jika saya hanya menyapu MAX3 Reborn Cream pada kulit tanpa melakukan urutan, adakah hasilnya akan berbeza?

Urutan lazimnya dianggap sebagai salah satu cara untuk melegakan otot-otot yang tegang dan sakit-sakit badan. Ia menggalakkan penyerapan krim dan merupakan salah satu bentuk bantuan dari luar. MAX3 Reborn Cream boleh mengawal atur dan menormalkan kembali rembesan kelenjar yang bertindak dari dalam tubuh. Apabila kedua-dua bentuk bantuan ini digabungkan, kesannya akan kelihatan lebih ketara. Sekiranya krim disapu tanpa sebarang urutan, bahan-bahan aktif akan tetap diserap oleh tubuh. Jika bahan aktif produk ini diserap, maka sudah pasti anda akan dapat melihat hasilnya.

Adakah MAX3 Reborn Cream mempunyai sebarang kesan sampingan? Adakah ia akan berinteraksi dengan ubat-ubatan lain?

Meenurut Dr. Dalton dan melalui pelbagai kajian serta penerbitan pakar perubatan yang lain, hormone-hormon sintetik dan semula jadi mungkin akan mencetuskan pendarahan yang mempunyai ciri seperti haid biasa. Walau bagaimanapun, hanya beberapa orang sahaja yang akan mengalami masalah ini jika hormon semula jadi terus diambil untuk tempoh yang panjang. Pendarahan seperti haid ini lazimnya berlaku semasa kitaran haid pertama dan kedua selepas produk mula diambil; kitaran haid ke-3 hingga ke-5 akan menjadi bertambah stabil dan pendarahan ini lazimnya tidak lagi dialami selepas itu. Sehingga kini, tiada lagi laporan yang diterima tentang penyakit kanser yang tercetus akibat penggunaan terapi hormon tulen. Namun begitu, terdapat beberapa laporan perubatan yang mencadangkan penggunaan “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” untuk merawat kanser rahim. MAX3 Reborn Cream terbukti tidak berinteraksi secara negatif dengan ubat-ubatan lain.

Walaupun menggunakan MAX3 Reborn Cream, saya masih mengalami senggugut sepanjang dua hari pertama haid. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika anda meneruskan penggunaan krim ini, sakit senggugut lazimnya akan berkurangan dan tidak lagi dialami selepas 3 hingga 4 kitaran haid. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda supaya menggunakan krim ini dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang lebih banyak supaya masalah anda akan selesai dengan lebih cepat.

Bolehkah ibu-ibu menyusu menggunakan MAX3 Reborn Cream?

Kami tidak menggalakkan ibu-ibu untuk menggunakan MAX3 Reborn Cream semasa menyusukan bayinya kerana bahan-bahan mentah dalam MAX3 Reborn Cream mungkin akan diserap masuk ke dalam susu ibu dan dihisap oleh bayinya yang masih terlalu muda untuk meneutralkan bahan ini

Saturday 19 January 2013

Sambutan hebat kepada MXB di Kelantan


Takllimat kepada Leaders dan prospek di Rantau Panjang

khusuk mendangar kebaikan produk kesannya kepada kesihatan

Produk yang hebat dan Leader yang hebat bakal menguasai seluruh Kelantan

Cikgu Din Leader hebat, seorang guru yang berdedikasi dan semangat waja

Cikgu Din bakal mengetuai GMK (Group MXB Kelantan) bersama presiden Dato' Ramli Mat Ali

Bukti kebersanan produk Vken dapat dilihat hanya dalam masa 10minit

Abe Pi terpesona dengan kehebatan Vken....yang mulanya dia pandah enteng, tetapi selepas melihat bukti kehebatan Vken abe Pi ters bersemangat untuk memasarkannya di Kelantan

Cikgu Di menceritakan pengalamanya menggunakan produk Vken...boleh angkat dua tangan HEBAT

Mr Kelvin menerangkan status darah dan kandunganya sebelum dan selepas 10mini memakai Vken

Apa yang lucu diperkatakan oleh Leader2 Kelantan saya tak pasti

Salah seorang proslek sedang membuat ujian darah...


Cabuta bertuah, pemilik restoren merangkap agen GMK bahagian Rantau Panjang, abe Mi menerima adiah cabutan bertuah yang beharga TM180......lumayan tu..

Motivasi dan perkongsian pengalaman dari Puan Hajah Zaleha, Jutawan MXB

En Zabudin menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM120

Cikgu Abdullah juga menerima hadiah cabuan bertuah bernilai RM180

Ustaz Man, otai hebat, menceritakan pengalaman hebat menggunaan stking vken

En Rosli Abd Rahman, usahawan hebat Etiqa Takaful, teruja dengan kehebatan  gad tangan Vken...


Ceramah Vken di Tanah Merah 14 Januari 2013

Hadhirin mendaftar kehadhiran

RJ memberi penerangan tentang produk dan pelan pemasaran

Leaders2 Tanah Merah bersama naib presiden GMK cikgu Din

Khusyuk mendengar penerangan kehebatan Vken

sesi QnA yang effektif

6