Monday 24 December 2012

Tawaran hebat MXB.....adakah ini impian anda, jom sertai kami


Fakta kesihatan, Jaga kesihatan...kesihatan akan menjaga anda

Semua orang mahukan badan yang sehat, namun sesetengahnya hanya berangan-angan akan sehat dengan tidak menjaga unsur-unsur yang membawa kepada badan sehat seperti kurang minum air, tidak membuat senaman tidak menjaga makan minum dan meneruskan amalan merokok. Badan kita sehat bila anggota sehat, perjalanan darah sehat.


Manusia mustahil hidup tanpa darah. Darah memang menguasai di seluruh anggota tubuh manusia. Darah hanya tidak ada pada bulu, rambut dan kuku. Selain tiga bagian tersebut, semua pasti ada darah yang mengalir. Darah terdiri dari beberapa sel di dalamnya, salah satunya adalah sel darah merah. Sel darah merah merupakan sel yang paling banyak ada dalam darah. Sel ini berfungsi untuk mengedarkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. 
.
Ukuran sel darah yang ada dalam tubuh manusia adalah yang terkecil diantara sel-sel lain dalam tubuh manusia. Sel darah merah adalah kepingan bulat dengan lekukan di tengah, berbentuk seperti yoyo. Ukuran diameternya antara 6 hingga 8 mikrometer, sedangkan ketebalannya adalah sekitar 2 mikrometer. Dalam satu mikroliter, terdapat sel darah merah dalam jumlah 6 femtoliter atau sekitar 6 juta sel, untuk darah yang normal. Pada jumlah sebesar 6 femtoliter tersebut hemoglobin adalah komposisi utama sel darah merah, yakni hampir sekitar sepertiga dari yang ada. Jumlah sel darah merah sebanyak ini tentu sangat banyak jika dibandingkan sel darah putih yang hanya berkisar 4000 hingga 11000 dan zat lain bernama platelet yang hanya 150000 hingga 400000 per mikroliter darah.

Terdapat perbezaan sel darah wanita dengan sel darah merah lelaki. Jumlah sel darah lelaki mencapai 5 hingga 6 juta sel per mikroliter darah. Sementara wanita hanya memiliki 4 hingga 5 juta sel darah merah dengan takaran yang sama. Hal ini yang menyebabkan lelaki lebih kuat secara fisikalnya karena distribusi oksigen ke dalam sel cukup banyak sehingga pembakaran energi lebih besar. .

Sel darah merah dibuat di sumsum tulang belakang. Proses pembentukan tersebut bernama eritropoiesis. Sel darah merah diproduksi dengan kecepatan yang sangat super, yakni dua juta eritrosit per detiknya. Dalam produksi sel tersebut ada satu hormon yang mempengaruhi kecepatan produksi, yakni hormon bernama eritropoietin. Sebelum sel darah merah menjadi dewasa dan dilepas ke darah maka sel darah merah disebut sebagai retikulosit. Retikulosit adalah fasa sebelum sel darah merah dewasa. Sifat sel darah merah ini adalah berkembang, mulai dari lahir, dewasa menjalankan tugas dan akhirnya mati digantikan yang baru.

Waktu yang diperlukankan dari retikulosit di dalam sumsum tulang belakang hingga menjadi eritrosi adalah 7 hari. Sedangkan umur kerja eritrosit adalah antara 100 hingga 120 hari. Sel darah merah yang sudah mati akan dideposisi ke limfa. Hemoglobin yang terkandung dalam sel darah merah akan diproses dan dibawa ke hati untuk diubah menjadi cairan empedu. Sedangkan zat besi yang ada dapat digunakan kembali sebagai modal pembentikan sel darah merah yang baru. Proses regenerasi tersebut berlangsung terus selama manusia masih hidup.

Wednesday 12 December 2012

Expidisi Pantai Timur

Bermula Jumaat 7 Disember 2012 rjOne telah menjelajah Kelantan dan Terengganu dalam usaha memastikan kawasan pantai timur turut mendapat faedah terapi santai Vken.

Jumaat 7Disember - taklimat di Rantau Panjang, bertempat di restoren abang Mie dilokasi Simpang 4 Salam, Rantau Panjang. Pemilik restoren iaitu abang Mie mempnyai lokasi yang menarik dimana restoren beliau dilengkapi prasarana yang mencukupi untuk program-program akan datang bagi kawasan Rantau anjang dan Pasir Mas. Beliau memberi kerjasama sepenuhnya apa lagi beliau sendiri sudah menjadi ahli dagang4U. Tahniah abang Mie

Sabtu 8 Disember dan Isnin 10Disember - Bertemu Leader hebat Machang iaitu Dato' Ramli dan cikgu Bakri. Dato mempunyai stokis dan beliau khususkan untuk produk kesihatan sahaja. Beliau mengalu-alukan kedatangan Vken ke dalam stok beliau dan usaha ke arah tersebut akan dimulakan segera.

Ahad 9 Disember bertemu dengan bekas Leader hebat Kapten Mokhtar di Kok Lanas, Kota Bharu dan beliau masih dalam tempoh bertenang dan belum berminat lagi tetapi beliau memperkenalkan dua pasangan suami isteri yang hebat cikgu Jie Machang dan abg Li Kota Bharu. Beliau telah membeli stoking Vken untuk percubaan.

Isnin 10Disember beberapa pertemuan gagal dilaksanakan atas sebab-sebab kecemasan.

Selasa 11Disember menemui Leader Kota Bharu dan Bachok saudara Mazlan atau terkenal dengan panggilan Lan Botak, seorang Leader hebat Kelantan, dan beliau akan di tugaskan sebagai anchor bagi kawasan Kota Bharu dan sekitarnya.

Rabu 12/12/12 bergerak ke Terengganu bertemu kawan allumnai saudara Ahmad Ismail dan saudara Abd Rahim Omar, sangat berminat dengan produk Vken dan akan menjadi ahli dagang4u. Di Kuala Terengganu juga dapat bertemu seorang konyraktor dan ahli perniagaan saudara Izham juga berminat untuk mengguna dan memasarkan Vken di Terengganu. Dari Kuala Terengganu bergerak ke Bandar AlMuktafi Billah bertemu saudara Sofyan Hakim, tenaga pengajar Giat Mara dan beliau positif dengan produk Vken dan tindakan susulan akan di adakan dalam masa terdekat.



Wednesday 21 November 2012

Rakaniaga terkini d4U


  1. Rosli Abd Rahman - Kota Bharu, Kelantan 
  2. Hj Hashim Che Mat - Bangi Golf Resort, Selangor
  3. Hayati bte Mat Salim - Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak
  4. Mohd Suhairi Mohamad - Lundang, Kota Bharu, Kelantan
  5. Idris bin Jusoff - Telipot, Kota Bharu, Kelantan
  6. Mazlan Abdullah - Kg Pauh Panji, Kota Bharu, Kelantan
  7. Wan Mohamad Badaruddin - Kg Tal 7, Tendong, Pasir Mas, Kelantan
  8. Hj Moktar Daud - Lorong Tok Keramat, Kubang Kerian, Kelantan
  9. Jariah Ishak - Kg Lindungan, PJ, Selangor
  10. Halimah Ishak - Bdr Seri Jempol, Negeri Sembilan
  11. Shahwalnizam Minhat - Bukit Katil, Melaka
  12. Haron Razali - Kg Pasir, Ulu Klang, Selangor
  13. Jamilah bt Yasin - Kg Pasir, Ulu Klang, Selangor
  14. Tuginah bte Kaslar - Au3, Taman Keramat, Kuala Lumpur
  15. Zainal Aris Mohd Ali - Tmn Taming Jaya, Seri Kembangan, Selangor
  16. Ummul Aiman Hafizah bt Ahmad Kamal - Tmn Kemuning, Senawang, Negeri Sembilan
  17. Nor Aziah bt Anwar - Desa Surada, Kajang, Selangor
  18. Abdul Kamid Abu Bakar - Kangkong, Pasir Mas, Kelantan
  19. Zainal b Abdullah - Damansara Damai, PJ, Selangor
  20. Azlina bt Rosli - Kg Baru Lenggeng, Selangor
  21. Armiza bt Rosli - Kg Baru Lenggeng, Selangor
  22. Suzanah bt Mohamad - Kangkong, Pasir Mas, Kelantan

Mesyuarat khas ditunda

Mesyuarat khas rakaniaga d4U pada 25November 2012 ditunda kepada pertengahan Januari...sila sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

Saturday 17 November 2012

Pengumuman

1. Ibu pejabat MXB Kuala Lumpur akan menutup operasi dari 15 November hingga 20November 2012 berikutan TRIP INCENTIVE 2012 ke China.

2. Berikutan penutupn operasi HQ kelas-kelas pada 14/11 dan 16/11 ditangguhkan

3. MXB akan mengadakan sesi taklimat di Kota Bharu pada 27November 2012 dilokasi dan masa yang akan ditentukan kemudian. Ahli MXB disekitar Kota Bharu dipersilakan datang dan membawa kawan. Mr Kelvin Ong akan turut bersama di dalam program tersebut. Sehububgan dengan itu ujian darah juga akan diadakan.

4. Kelas pengajian di D4U Bdr Baru Bangi diteruskan seperti biasa sepanjang November 2012.

Tuesday 13 November 2012

Ekspidisi Kelantan 2012

Saya tiba bersama jutawan MXB Tuan Hj Lockman di Kelantan petang 10November untuk menghadiri pertemuan dengan Leader-Leader Kelantan pada 9malam, yang di anjurkan oleh en Rosli seorang usahawan yang kental dari Kota Bharu. Berkebetulan hari tersebut Kelantan dianugerahkan cuti seminggu oleh kerajaan Kelantan, jadi ramai antara kawan-kawan yang bersetuju hadhir sebelumnya menarik diri di saat2 akhir. Jadual peneranagn yang telah ditetapkan di bilik mesyuarat Restoren Yus Tomyam dibatalkan dan diganti dengan satu restoren lain yang lebih kecil. Dugaan dan cabaran memang hebat, dengan turunnya hujan yang amat lebat yang telah menahan kawan-kawan yg dalam perjalanan hingga mereka gagal sampai ditempat yang dijanjikan. Walaubagaimana pun kekentalan kawan-kawan leader KB sangat dipuji kerana berjaya juga mengumpulkan lebih kurang 10orang Leader dan berjaya mendapat taklimat produk dan perniagaan yang saya sampaikan bersama Tuan Hj Lockman. Syabas en Rosli dan leader-leader KB, semoga usaha kita yang sedikit ini beserta sedikit ujian akan dpat diterjemah kepada kejayaan MXB di Kelantan. Selain satu sesi lagi pada paginya diKota Bharu saya dan Tuan Hj Lockman meneruskan 2 sesi lagi di Pasir Mas dan Machang.

Sesi seterusnya akan diadakan bersama prospek akan diadakan di KB dan Machang pada 26 hingga 27 Noember dengan kehadhiran Mr Kelvin bersama.

Spirulina telah ditemui tumbuh ditasik secara semulajadi sejak 30tahun lalu dibeberapa negara, sperti Mexico, Afrika Tengah dan China . WHO mengiktiraf dan mengesahkan Spirulina adalah selamat untuk permakanan manusia. Spirulina Gaba Drink diproses melalui kaedah mampatan yang dipatenkan, supaya ia mendapat nutrisi molekular yang memberikan kadar penyerapan yang tinggi dan pengekalan yang lebih lama dudalam badan. Ia mengekalkan nutrisi semulajadi dan vitamin, dan dapat memberikan keseimbangan nutrisi harian sekeluarga.

Keistimewaan Gaba Drink
  • Permakanan Nutrisi 
  • Mengandungi pelbagai jenis nutrisi untuk keperluan tubuh badan termasuk vitamin C 
  • Permakanan semulajadi 
  • Mengandungi Phytochemicals menjadikan minuman tenaga yang berkualiti 
  • Permakanan Alkali 
  • Makanan berasid menjejaskan kesihatan. Alkali membantu untuk mengekalkan pH tubuh badan dam menseimbangkan asid yang tinggi 
  • Nutrisi Molekuler 
  • Diproses melalui kaedah mampatan yang dipatenkan untuk menjadi nutrisi molekular dan mudah dihadham dan diserap tubuh 
  • Selamat diminum 
  • Sesuai untuk semua lapisan umur, tidak memudharatkan badan, mempunyai insuran liabiliti bernilai RM1juta, dan disahkan halal oleh JAKIM\
Kandungan Nutrisi
Asid lemak penting
Oligosakarida
Enzim aktif
Vitamin A
Klorofil
Mineral
18 asid amino
Vitamin B kompleks
Bioflavonoids
Vitamin C
Keroten
Protin
Kalsium, Magnesium, Zat besi, Zink, Fosforus dan Selenium
Kelebihan Spirulina Gaba Drink
Menambah Tenaga
Vegeratian
Detoksifikasi
Menjaga kulit
Menguatkan sistem imuniti
Mengaktifkan metabolisma
Mempertingkatkan fungsi otak

Sunday 21 October 2012

Menerima penghargaan pada malam "Appreciation Night"

Berdiri di atas pentas menerima tepukan bergemuruh dari rakan-rakan seperjuangan

Rakan-rakan bersemangat meraikan usahawan-usahawan yang telah berjaya mencapai tahap kejayaan

CEO MXB Mis Pam menyampaikan anugerah Q3 2012

Anugerah akan di adakan setiapsukutahunan sebagai menghargaoi perjuanganusahawan MXB

Bergambar kenangan bersama CEO

Mr Raymond, Senior Marketing Manager menyampaikan cabutan bertuah

Double joy..terima penghargaan dan cabutan bertuah

Menerima tepukan semangat dari rakan-rakan

bersama mentor Hajah Zaleha dan Dr Che Razi


Ucapan tahniah dari Mis Pam

Puan Jamie bergambar kenangan bersama CEO

RjOne bersama Mr Raymond

Thursday 18 October 2012

Pengiraan bonus

MXB menawarkan 3 jenis BONUS
1. Bonus Introducer/Bonus Menaja: RM52.80 bagi setiap tajaan
2. Bonus Pasangan: RM52.80 bagi setiap pasangan
3. Bonus royalti: 10% sehingga 50% dari bonus "direct sponsor" (lihat dibawah)

Kelayakan bonus royalti:
Belian 1 set layak level 1 sahaja (Akaun Silver)
Belian 3 set layak level 1, level 2 dan level 3 (Akaun Gold)
Belian 5 set layak level 1 hingga level 5 (Akaun Diamond)

Kelebihan Akaun Diamond:
1. Layak menikmati bonus Royalti sehingga level 5
2. Layak memohon menjadi mini stokis (e-mobile)
3. Kelayakan bonus pasangan sehari 120pasang

Taklimat penjagaan kesihatan cara Vken di SMK Kangkong...

Dagang4u mengambil peluang memberi kesedaran kesihatan dan penjagaan cara vken di SMK Kangkong Pasir Mas Kelantan pada hari Rabu 17Oktober semalam. Sambutan hangat guru-guru memberi semangat luar biasa kepada Dagang4U meneruskan agenda memberi kesedaran penjagaan kesihatan seperti itu. Sebelum ini Dagang4U telah diberi peluang membuat program serupa di Maktab Mahmud Pokok Sena Kedah. Dagang4u akan juga cuba menembusi sekolah-sekolah, universiti dan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Peluang pemasaran masih luas untuk ahli-ahli Dagang4u meneroka pasaran-pasaran tersebut.

Saturday 29 September 2012

Aktiviti suku keempat 2012

Semua ahli di alu alukan hadhir di Malam Menghargai ahli yang telah dapat mencapai jualan yang tinggi. Walaupun masih belum mencapai tahap tersebut, dengan kehadhiran kita boleh memberi idea dan semangat untuk turut bersama meningkatkan jualan dimasa akan datang
Ahli-Ahli D4U diminta menghadiri aktiviti-aktivitinyang telah dirancang bagi memastikan kesinambungan bisnes MXB kearah lebih mantap. Syarikat telah berusaha memberi peluang untuk ahli menjana kewangan dengan berbagai usaha diperingkat HQ dan D4U.

26/9/2012 (Rabu) - Kursus iPower (10malam)
27/9/2012 (Khamis) - Pameran kesihatan dan keselamatan, FRI Gelami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan
28/9/2012 (Jumaat) - Pelancaran produk baru SPIRULINA ENERGY, HQ Danau Desa, KL
29/9/2012 (Sabtu) - Meeting dan taklimat diKg Masjid Lenggeng - RJ, Kelvin Ong dan Hj Lockman
13/10/2012 (Sabtu) - Kursus khas NDO (New Distributer Orentation) - Raymond, HQ Danau Desa
20/10/2012 (Sabtu) - Malam Penghargaan, Hotel Seri Petaling, KL

Thursday 23 August 2012

5 Tahun bisnes MXB yang cemerlang

Lesen Jualan Langsung MXB sehingga 2014
MXB bergerak dengan cemerlang sejak tahun 2007 dan dengan berkat kesungguhan ahlinya dijangka MXB akan terus cemerlang. Kekuatan MXB kerana produk yang dikenalpasti hebat dan berkesan kepada pengguna tanpa khuatiri risiko yang tidak baik. Selain produk yang hebat, MXB di tunjangi oleh pemimpin-pemimpin yang dedikasi dan bersemangat waja. Dengan adanya majlis, mesyuarat, latihan  mingguan ahli sentiasa dibekalkan ilmu yang cukup secara percuma. Disarankan ahli-ahli baru mengambil peluang ini untuk menimba ilmu samada hadhir di ibupejabat di Taman Desa, KL atau di dagang4U, Bandar Baru Bangi. Usaha akan dilakukan selepas Aidilfitri ini untuk mengadakan cawangan latihan di Alor Setar, Kedah bagi menampun ahli-ahli dikawasan utara semenanjung.

Sunday 19 August 2012

Salam Aidilfitri

Alhamdulilah kita telah sama-sama dianugerahkan umur untuk menghabiskan ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan dengan pengisian solat tarawih dan amalan-amalan sunat lainnya. D4U mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua ahli, rakaniaga, pengguna produk dan prospek D4U. Marilah sama-sama kita mengambil kesempata ini untuk bermaaf-maafan. Disamping itu jangan lupa tugas kita memberi penerangan kepada prospek tentang keajaiban produk ini semoga memberi manfaat bagi mereka yang memerlukan. Dengan D4U kita sama-sama dapat menjana kewangan disamping mengguna produk yang dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan kita insyaAllah...

Sunday 12 August 2012

Iftar D4U 2012/1433

tetamu D4U berbaris mengambil makanan

Sham dan cikgu Mohd Lamin bercerita tentang testimoni dan plan selepas raya

Zaidi dari Seremban


ahli baru cikgu Zanariah dan cikgu Ab Rahim bersama Linda dari Beranang

Anank-anak pun sama-sama berbuka puasa


Meja penuh, berbuaka cara santai....
Iftar D4U telah berjalan dengan lancar semalam 18hb August 2012 bersamaan 24Ramadhan 1433 dengan kehadhiran rakaniaga baru dan lama. Walaupun juadah ringkas dengan hidangan nasi dagang nasi selera kampong dengan kuih muih serba sedikit. Disebabkan sebilangan besar ahli tidah dapat hadir dan ramai juga yang saat-saat terakhir menguzurkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, banyak hidangan yang lebig dan hadhirin boleh bawa pulang. Keselruhannya sebagai penganjur sangat berpuashati dengan majlis kali ini dan harapkan hadhirin yang lebih baik untuk masa-masa akan datang jika diizinkan Allah. Kepada yang tidak dapat hadhir, jangan sedih kita sama-sama doakan  majlis lain-lain yang dirancang akan lebih meriah.

Wednesday 8 August 2012

Vken alternatif penawar penyakit abad ini

Manusia tak akan sunyi dari menerima ujian penyakit. Dari abad ke abad bermacam penyakit dideritai oleh manusia dan manusia diberi akal untuk berikhtiar mengubati penyakit. Bermacam method digunakan bagi mengubati penyakit samada cara ubat-ubatan yang dihasilkan dari dadah atau homoepathy atau cara agama, semuanya menjurus kepada ikhtiar manusia mengubati penyakit. Memangpun tujuan Allah memberi penyakit dan akal untuk manusia menerima ketentuan ujian dan berikhtiar menyembuhkan penyakit.

Vken muncul mengiringi ikhtiar manusia yang sedia ada dengan memberi satu lagi alternatif kepada pencarian penawar penyakit. Vken menawarkan teknologi mengawal kepekatan darah yang menyebabkan berbagai penyakit kronik. Darah amat penting sebagai transport kepada segala pegerakan tubuh manusia, pemberi maklumat dan pembawa oksijen ke otak. Kepekatan darah akan menyebabkan ianya tersekat dari membawa oksijen ke segenap sel tubuh, menyebabkan terjadi anggota kebas, mati dan sebagainya. Penyakit darah tinggi terjadi bila darah tidak bersih, pekat dan sukar bergerak tanpa tolakan yang kuat dari jantung. Jantung menerima tugas berat menggerakkan darah menyebabkn jatung jadi lemah, tekanan makin tinggi. Lagi menambah kroniknya bila terdapat mendapan kolestrol yang semakin membusut di dinding saloran darah. Darah pekat yang dibantu dinding saloran darah yang sempit, maka akan terjadi darah membengkak, jantung membesar, malah saluran pecah dan berlaku stroke.

Dalam suasana yang kronik, darah tinggi, lemah jantung, kolestrol, alternatif yang dibawa oleh Vken tak sepatutnya dipandang enteng. Memakai Vken adalah usaha manusia yang sedar akan keperluan penyembuhan atau penawar kepada penyakit. Pesakit kronik yang tidak berusaha dan berikhtiar dengan apa cara sekalipun amat tidak wajar, apalagi produk Vken hanya dipakai tidak perlu dimakan...fikir-fikirla...

Tuesday 24 July 2012

Makluman

Dagang4u webpage akan di sertai oleh iklan dari AdSense yang bagi sesetengah orang merupakan gangguan pemandangan. Sila abaikan jika tidak berminat. Iklan ini sebenarnya muncul berdasarkan perjanjian antara dagang4u dengan Blogspot. Harap maaf

Perubahan tarikh

Ramadhan1 - Majlis berbuka Ramadhan 8 Ramadhan (Ahad 12hb August)
Semua ahli Dagang4u disekitar Bangi, dijemput menghadhiri majlis berbuka puasa ini. Sama-sama kita menunaikan tuntutan agama sambil bertemu dan mengeratkan silaturRahim.

Ramadhan2 - Majlis Bonus Raya (Ahad 12/8) - jam 3 hingga 6petang
Rakan-rakan yang telah memerah tenaga dan idea untuk mengumpulkan seramai mungkin rakaniaga sila lihat bonus yang anda dapat dengan login http://www.mxb2u.com dan transfer USD kepada saya untuk ditukarkan kepada RM pada hari ini. Majlis akan berlangsung dari jam 3 hingga 6petang. Majlis berbuka bersama akan diadakan selepas itu dan tarawikh di Surau AlKauthar

Syukur Aidilfitri - 25 August
Majlis jamuan hari raya buat pertama kalinya. Semua dijemput hadhir

HARD2 - 10 November (10/11/12) Sabtu bertempat di Mayangsari Port Dickson
Himpunan Ahli Rakaniaga Dagamg4u, hari untuk rakaniaga mendapat pengiktirafan dari dagang4u, berupa cabutan bertuah, anugerah pencapaian top5, ceramah motivasi dan lain-lain

Sunday 22 July 2012

Dagang4u bergerak seperti biasa

(Tuan Haji Abd Jalil dengan koleksi Vken yang dipamerkan)
Selamat Menjalani Ibadah puasa Ramadhan
Alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah puasa peringkat pertama iaitu mendapatkan rahmat dari Allah S.W.T dan insyaAllah akan diberikan rezqi untuk menyambung ke peringkat yang seterusnya. Dagang4U terus bergerak walaupun dalam suasana slow dan steady. Taklimat dan perjumpaan dengan ahli akan diteruskan seperti biasa selepas solat tarawikh antara jam 10 hingga 11malam. Taklimat akan di tangguhkan sementara pada 6 August sehingga selepas Idilfitri kerana masih berada di Kota Bharu.

Aktiviti terakhir luar KL adalah di Alor Setar selama 2 hari bersama group Tuan Haji Abd Jalil yang membuka pasaran di Alor Setar. Disamping pameran dan promosi penjualan Vken di karnival disana kita mendapat peluang memberi taklimat kepada guru-guru Maktab Mahmud Pokok Sena. Alhamdulillah kehadhiran Vken disana mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah kepada Tun Haji Abdul Jalil yang telah berjaya membuka laluan baru ke Kedah dan Perlis.

Sementara itu group Kaklong Latifah juga meneruskan rangkaian beliau dari trolak hingga ke Behrang. Tahniah kaklong.

Kepada rakaniag yang lain diharap dapat meneruskan bisne ini dalam bulan Ramadhan yang mulia ini supaya dapat menyambut Eidulfitri dengan poket yang berisi.

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan AlMubarak

Assalamualaikom dan salam Ramadhan AlMubarak kepada semua umat Islam semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih menambahkan keimanan dan ketqwaan kepada Allah S.W.T.  Kedatang Ramadhan membawa keberkatan yang tak bersempadan. Terpulang kepada umatnya sebanyak mana mereka mau pungut segala nikmat yang melimpah ruah di kuniakannNya. Kemuncak tertinggi ialah Lailatul Qodar, yang menunggu untuk memberikan keberkatan dan pahala yang melebihi seribu bulan kepada sesiapa saja yang menncarina. Dagang4U mengharapkan dengan keberkatan yang banyak ini menambahkan lagi semanagat dan kekuatan kepada ahlinya untuk terus menerjah arus mencari rezqi yang sedia di berikan kepada mereka yang berusaha. Selamat menunaikan puasa Ramadhan dan semoga anda semua memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Sunday 15 July 2012

Dagang4U Meneroka pasaran Kedah Perlis

Selasa esok dagang4U mendapat undangan dari rakaniaga Kedah dan Perlis bertempat di Alor Setar, Kedah dan Berseri Perlis. Taklimat yang bakal diadakan adalah lanjutan dari penerokaan ahli dagang4U ke Alor Setar, Kedah dua minggu lalu. Di harapkan dengan meneroka pasaran baru akan memperkuatkan penguasaan dagang4U ke seluruh tanah air dalam memasarkan produk VKen.

dagang4u menembusi Kelab Pesara Tentera

Sebentar tadi satu taklimat rawatan alternatif telah diadakan kepada AJK Kelab Pesara Tentera bertempat di ibupejabat Kelab di Kuala Lumpur. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan diluar dugaan.. Apa yang dapat dagang4U berkongsi ialah penjagaan kesihatan dengan rawatan santai sambil menjana kewangan untuk kelab. Tahniah kepada Tuan Haji Abdul Jalil kerana memberi peluang kepada dagang4u memperluaskan perkongsian kepada mereka-mereka yang memerlukan. Juga kepada pengerusi kelab Dato' Ghazali yang memberi kerjasama yang hebat terhadap konsep rawatan sntai yang diperkenalkan.

Thursday 12 July 2012

Agenda Dagang4u separuh kedua 2012

Ramadhan1 - Majlis berbuka Ramadhan 8 Ramadhan (Sabtu 28 Julai)
Semua ahli Dagang4u disekitar Bangi, dijemput menghadhiri majlis berbuka puasa ini. Sama-sama kita menunaikan tuntutan agama sambil bertemu dan mengeratkan silaturRahim.

Ramadhan2 - Majlis Bonus Raya (Ahad 12/8) - jam 3 hingga 6petang
Rakan-rakan yang telah memerah tenaga dan idea untuk mengumpulkan seramai mungkin rakaniaga sila lihat bonus yang anda dapat dengan login http://www.mxb2u.com dan transfer USD kepada saya untuk ditukarkan kepada RM pada hari ini. Majlis akan berlangsung dari jam 3 hingga 6petang

Syukur Aidilfitri - 25 August
Majlis jamuan hari raya buat pertama kalinya. Semua dijemput hadhir

HARD2 - 10 November (10/11/12) Sabtu bertempat di Mayangsari Port Dickson
Himpunan Ahli Rakaniaga Dagamg4u, hari untuk rakaniaga mendapat pengiktirafan dari dagang4u, berupa cabutan bertuah, anugerah pencapaian top5, ceramah motivasi dan lain-lain.

Sunday 8 July 2012

Ramadhan AlMubarak

Alhamdulillah umat Islam menunggu-nunggu saat tibanya Ramadhan, bulan yang dijanjikan Allan mendapat ganjaran berganda, sehingga melebihi seribu bulan. Saya mengajak sahabat-sahabat yang telah menyertai dagang4u dan yang bakal menyertai dagang4u mari lah sama-sama memanfaatkan bulan kurniaan Allah ini dengan memperbanyakkan infaq sebagai modal kita berbelanja diakhirat. Untuk memberi infaq wang kena banyak wang. Salah satu cara ialah teruskan mengajak kawan-kawan membeli dan menggunakan vken sebagai alternatif rawatan yang berkesan. Jangan jadikan Ramadhan bahan alasan untuk tidak bergerak aktif memasarkan vken. Dengan wang hasil jualan, samada runcit atau bonus, gunakan untuk membantu faqir miskin dan mereka yang memerlukan sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri. Semoga usaha sedikit yang kita hulurkan akan mendpat keberkatan dan ganjaran dari Allah. Aminn

Friday 29 June 2012

Dagang4u terus meneroka pasaran baru...Felda Trolak

Hari Jumaat 29Jun....RJ dijemput memberi taklimat Vken bertempat di Felda Trolak, Perak. Taklimat telah diadakan di rumah salah seorang peneroka dan dihadiri lebih 20orang peneroka. Kehadhiran yang ramai memberi suntikan semangat untuk untuk ahli dagang4u terus menembusi pasaran baru. Sebagai Leader dagang4U RJ mengucapkan tahniah kepada group kaklong Latifah bersama adik beliau Khairiyah yang telah berusaha membawa Vken ke luar dari lembah Kelang. Saya difahamkan group kaklong sudah melebar ke Kedah dan Pahang. Taklimat di Jengka Pahang dan Alor Setar, Kedah akan dibuat dalam waktu terdekat.
Syabas.

Wednesday 20 June 2012

Ahli baru menyertai dagang4u...tahniah

1. Zaiton Ramli - Gombak, Selangor
2. Napisah Saleh - Rawang, Rawang
3. Hasan Husayni - Bangi, Selangor
4. Dr Che Razi - Bukit Antarabangsa, UK, Selangor
5. Kartini Yusof - Pulai Chondong, Kelantan
6. Norliza Hassan - Kuala Kangsar, Perak
7. Norwani Ahmat - Seremban NS
8. Adilah Kamal - Senawang, NS
9. Ahmad Kamal Aminon - Senawang, NS
10. Dr Giena Dato Hadi - Punchak Alam, Selangor
11. Shareah Neemat - Merlimau, Melaka

Terapi santai

1. Tak perlu ke kedai
2. Tak perlu mengeluarkan wang setiap hari
3. Tak perlu mengeluarkan kos petrol, masa, tenaga
4. Sambil menonton TV, sambil masak, sambil memandu, bekerja, berceramah, bersembang
5. Terapi santai 24jam
6. Sekali je beli dan bayar
7. Untuk 3 hingga 5 tahun
8. Menangani penakit kronik pada angda ..kencing manis, gout, darah tinggi, jantung, asthma...
9. Untuk kesihatan jangan takut keluar duit...

Friday 15 June 2012

VKen tiruan

saya mendapat maklumat dari ahli yang menemui website yang menawarkan harga vken dibawah paras harga ahli. Saya masih menyiasat dan jika benar kita akan laporkan kepada ibupejabat. Jika terbukti palsu kita akan membeli sample supaya dapat diwar-warkan untuk makluman ahli menghadapi karenah orang jahat ini......

Tuesday 12 June 2012

Fungsi VKen

1 Membuang racun dari tubuh pemakainya
2 Membersih dan menngkatkan oksijen dalam darah
3 Meningkatkan tenaga dan daya tahan tubuh
4 Melancarkan darah dan mencegah darah menjadi pekat, sekaligus memudahkan aktiviti jantung
5 Memperbaiki metabolisma
6 Memelihara fungsi biologi organ jantung, paru-paru, pencernaan ginjal, hati dan limpa
7 Mencegah osteporosis/pereputan tulang
8 Mengurangkan sakit kepala/migrain
9 Mencegah dan meringankan kencing manis
10 Mencegah pembinaan kolestrol dan mengurangkan kolestrol dalam darah
11Mencegah sembelit
12Menjadikan kulit gebu
13Menguatkan antibodi

Vken memperbaiki aliran darah

Fakta:
Panjang saluran darah manusia melebihi 120,000 kilometer, bersamaan 2.5 kali lilitan bumi
Jantung berfungsi mengepan darah ke seluruh tubuh dalam masa 12saat

Arang Buloh Putih dari Jepun

Dikenali juga sebagai BERLIAN HITAM
Dibakar dengan suhu 1000 darjah celsius
3 kali ganda mineral dari arang biasa
Mampu membebaskan sinar haba infra merah
Penyerap kelembapan dan membebaskan iron negatif yang membawa kesan kesegaran
Menyerp bauk busuk dan menentang bakteria
Melegakan sakit bahu, pinggang, sengal-sengal tulang dan asthma

Sunday 10 June 2012

Dagang4u pastikan majlis penerangan diadakan setiap Isninn 9malam

antara ahli dagang4u yang hadhir setiap Isnin
Untuk berniaga ahli mesti memahami perniagaan dan mengetahui secara mendalam barangan yang diniagakan. Sebagai memenuhi tuntutan ahli, dagang4u memastikan setiap hari Isnin jam 9malam majlis ilmu diadakan. Walaupun kehadhiran belum mencapai sasaran yang sepatutnya namun kesungguhan ahli menghadiri memberi ruang LeaderoNe berkongsi ilmu dan berharap ahli mempergunakanya semasa menemui prospek, berkongsi dengan amsyarakat sesuatu yang baik dan berfaedah untuk mereka.

HARD oNE meraikan rakaniaga dagang4u

Bermula jam 10pagi HARD oNE 2011 memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan Leaderone dagang4u mengalu-alukan hadhirin yang mula memenuhi ruang laman kediaman rjBangi
.
 Dagang4U mengalu-ngalukan kehadhiran ahli
 Top achiever, Puan Latifah Omar dari Lenggeng Negeri Sembilan mengumpul lebih 70 akaun dibawah rangkaian beliau dalam masa sebulan

 Mejar Hashim antara pemimpin MXB paling awal. Beliau berjaya menghasilkan pendapatan terkini RM1.7Juta dalam masa 5tahun menyertai MXB.
 Blog dagang4u telah sempurna dilancarkan oleh Ybg Datuk Abdul Karim

 Antara hadhirinyang dapat menghadhirkan diri dalam HARD oNE

 Penerima cabutan bertuah, Hj Zaidi mewakili dagang4U Kelantan
Wakil dari dagang4U Lenggeng Negeri Sembilan

Cenderamata untuk perasmi Ybg Datuk Abdul Karim

Tuesday 5 June 2012

REMINDER LAGI

reminder: HARD One 2012

Himpunan Ahli Rangkaian Dagang4u yang pertama bagi tahun 2012 atau HARD One 2012 akan diadakan pd 9Jun 2012 bagi menghargai kecekalan dan kesungguhan ahli MXB Rangkain Dagang4U selama 5 bulan berada dipersada bisnes santai MXB.  Pada hari ini ahli-ahli akan di raikan oleh Leader Dagang4u dengan jamuan, doorgift dan cabutan bertuah. Majlis akan bermula jam 10pagi dengan beberapa agenda ringkas.
 Antaranya:
1. Majlis menghargai pencapaian 5 rakaniaga terbaik Dagang4u
2. Penyampaian pertukaran e-cash
3. Taklimat motivasi oleh personaliti yang dijemput
4. Jamuan makan tengahari
6. Pelancaran website dagang4u

Majlis dijangka tamat jam 1 tengahari. Semua ahli dan pengguna produk MXB dijemput dan digalakkan membawa prospek. Lokasi: di kediaman no 34, Jln 4/5D......BB Bangi

Jenis-Jenis Akaun dalam MXB

Terdapat 3 jenis akaun yang boleh dipilih oleh ahli dan bakal ahli, terpulang kepada kesanggupan. Tentulah setiap jenis akaun berbeza pelaboran dan berbeza kelebihan.

1. Akaun Silver/Perak - 1 Akaun diberi percuma dengan pembelian 1set produk beharga RM630 atau RM665
2. Akaun Gold/Emas - 1 Akaun diberi percuma dengan pembelian 3 set produk dalam satu pembelian
3. Akaun Diamond/Berlian - 1 Akaun percuma dengan pembelian 5set produk

Ahli yang mengambil pakej akaun silver boleh upgrade ke gold atau diamond dengan menambah set pembelian bila-bila masa sahaja. Setiap upgrade hanya dibenarkan sekali sahaja. Maksudnya ahli yang memiliki akaun silver boleh upgrade ke gold tetapi tidak layak lagi untuk upgrade ke diamond kerana melebihi syarat yang membolahkan ahli boleh upgrade sekali sahaja. Kepada ahli yang tidak mampu untuk upgrade ke diamond, tetapi berminat untuk upgrade, boleh mengumpul set hingga 4set kemudian boleh upgade ke diamod.

Tahniah...upgrade keahlian kepada diamond

Datin Zainap Ismaun - Bdr Baru Bangi

Faedah keahlian Diamond
1. Layak mendapat royalti ke tahap Level 5
    Level 1-10%, Level 2-5%, Level 3-5%, Level 4-5% dan Level 5-5%
2. Layak memohon untuk menjadi eMobile
3. Layak mendapat bonus pairing sehingga lebih 200 pasang sehari

Tahniah Datin....

New member

Tahmiah dan selamat datang ke dagang4u
1. Hanafi Othman - Kuala Ketil, Kedah
2. Thaffawi Mohd Zainuddin - Tasik Kesuma, Beranang
3. Ahmad Kamal Aminon - Senawang, Negeri Sembilan
5. Adilah - Senawang, Negeri Sembilan
6. Norwani Ahmat - Taman Sru Pulai, Negeri Sembilan
7. Norliza Hasan - Kuala Kangsar, Perak
8. Zurkartini Hj Yusof, Machang, Kelantan
9. Maimoon bt Basir - Cheras Jaya, Selangor

Monday 4 June 2012

Pelikk....tapi benar

kisah 1: Cikgu Aminah (bukan nama sebenar....alamak malu pulak nak bgtau nama)
Cikgu Aminah ni ada migrain, bila balik kerja membawa masaalah murid ke rumah beliau jadi sakit kepala, pening bagai nak gila. Cikgu Aminah memang pakai stoking VKen, tapi malam sahaja. So dah tak tahan, malas nak makan ubat selalu, beliau ambil stoking letak kat dahi satu letak kat belakang tengkok satu.....MasyaAllah sakit kepala hilang selepas 10minit pakai macam tu....dan tak sakit-sakit kepala selepas itu.

kisah 2: Rj Sendiri, terlanggar bonet exora terkena dagu, selepas beberapa minit jadi bengkak bahagian dagu ke bibir bawah. Biasa kita tuam dengan batu suam atau air batu...saja nak cuba tuam dengan VKen....Alhamdulillah bengkak dan sakit hilang selepas setengah jam.....

kisah 3: Rakan kita ahli dagang4u Rusdi Ripin, terkena sengat tabuan beberapa tempat keliling badan dan lengan. Kebetulan tengah pakai stoking, dia ambil stoking dari kaki pakai kat tangan kedua-dua belah...sakit dan bengkak hilang dalam beberapa minit


Dari cerita di atas, rakan-rakan cubalah Vken untuk apa saja kejadian dan kongsi dengan kawan-kawan lain

Friday 1 June 2012

MXB Meneroka negara Brunei

Brunei adalah negara kaya dan rakyatnya pun kaya. Adalah merugikan jika kekayaan itu tidah diambil kesempatan oleh MXB. Dengan inisiatif leader-leader hebat MXB yang turut disertai oleh Hj Lockman, rombongan MXB telah menerjah Brunei buat kali kedua pada 1 Jun yang lalu. Dijangka Vken terus mendapat sambutan hebat di Brunei. Menurut Hj Lockman Kneeguard Vken adalah paling top di Brunei kerana menurut beliau kemungkinan orang Brunei ramai sakit lutut. Bukan kita minta orang brunei sakit lutut namun adanya produk Vken dapat membantu rakyat Brunei.

Selamat berjuang geng-geng MXB.....Bertemu dipuncak kejayaan

Thursday 31 May 2012

Upgrade keahlian ke Diamond

Ahli yang hebat bulan ini (May 2012).
Ahli Diamond:
1. En Abd Rahim Omar
2. Hj Abd Jalil Sulaiman
3. Puan Latifah Omar

Tahniah, anda bertiga telah memasuki tahap terbaik dalam MXB

Selamat datang ahli baru

Sambutan hangat dari berbagai golongan menunjukkan betapa hebatnya produk MXB terutama Vken menerjah ke pasaran tempatan hasil dari testimoni yang menakjubkan. Selogan kita "Manusia berusaha Allah Yang menetukan" memang tepat dan menunjukkan usaha kita bila diizinkan Allah ia membuahkan hasil yang baik untuk pesakit-pesakit kronik seperti lemah jantung, darah tinggi, gout, diabetis, asma dan lain-lain.
Jadi sebagai leader anda, saya mengucapkan syabas kepada leader-leader di tempat masing-masing yang berusaha tanpa jemu atau mengalah kepada ujian-ujian yang mendatang. Leader dagang4u yang sedang meningkat naik, kaklong Latifah (Lenggeng), En Abd Rahim (Lavender Height), Pak Andak Abd Jalil (Lenggeng), Hj Jailani Hashim (Shah Alam), En Rusdi Ripin (Kuantan, Pahang), Datin Zainap (Bandar Baru Bangi), En Abd Talib (Jelebu)....dan lain-lain yang telah membuktikan siapa pun anda, anda boleh berjaya....tahniah

1. Mohd Khairil Akmal - Seremban, Negeri Sembilan
2. Illi Farhana - Lenggeng, Negeri Sembilan
3. Zuharyati  - Pulai Chondong, Kelantan
4. Nur Masyitah Sofea - Bdr Baru Bangi, Selangor
5. Mohd Zaim - Bandar Baru Bangi, Selangor
6. Wijiyarti Kesuma - Bandar Badu Bangi, Selangor
7. Mat Rosdi bin Mat Ali - Bandar Baru Bangi, Selangor
8. Mohd Fadhli Zulkifli - Lenggeng, Negeri Sembilan
9 . Mohd Fadhil Zulkifley - Lenggeng, Negeri Sembilan
10. Ahmad Al-Asfahan - Lavender Height, Senawang, NS
11. Azamah Mustafa - Jelebu, Negeri Sembilan
12. Zulhisham Masri - Jelebu, Negeri Sembilan
13. Farah Wahida Zulkefly - Lenggeng, Negeri Sembilan
14. Illi Syakirah - Senawang, Negeri Sembilan
15. Rusyidah Abd Rasyid - Bandar Baru Bangi, Selangor
16. Mohd Mokhtar Ismail - Bandar Baru Bangi, Selangor
17. Hamidah bt Hamzah - Jelebu, Negeri Sembilan
18. Norlizah Abdullah - Jelebu Negeri Sembilan
19. Izatul Hidayah Abd Jalil - Lenggeng, Negeri Sembilan
20. Noreha Hairi - Jelebu, Negeri Sembilan
21. Uraiya bt Mohd Adib - Jelebu, Negeri Sembilan
22. Siti Norita Mohamad - Jelebu, Negeri Sembilan
23. Mohd Taher Yusof - Bandar Baru Bangi, Selangor
24. Norhayati Omar - Lenggeng, Negeri Sembilan
25. Saoyah bt Sidin - Lenggeng, Negeri Sembilan
26. Sarenah bt Abd Nasir - Senawang, Negeri Sembilan

Wednesday 30 May 2012

testimoni menarik


Zulkiflee merupakan orang politikus yang sangat sibuk, dan melupakan sesuatu yang penting, menjaga kesihatan diri. Kata orang, politikus tidurnya sedikit, bekerjanya banyak. Mengurus diri 20%, mengurus rakyat 80%. Sesiapa yang tak sanggup mengorbankan 80% kehidupan kepada rakyat jangan jadi ahli politik, Kerana cara hidup yang sedemikian Zul mendapat penyakit-penyakit yang datang dari permakanan yang tak seimbang, hampir tiada exercise, bersukan, banyak memikir, kurang tidur. Pertama kali saya cek tekanan darah tinggi beliau 220/123..... dengan tekanan darah tinggi sedemikian bagi orang biasa sudah tombang.....tapi saya rasa beliau jenis yang kuat. Saya berikan wristlet untuk dia pakai dan saya cek seminggu kemudian cuma turun sedikit tapi bawah 200, saya minta dia minum air lebih 3liter sehari supaya dapat menurunkan lagi ke paras yang lebih rendah.Kali terakhir saya cek masih lagi tinggi tetapi sudah turun keparas 180/100. Sebagai tambahan saya minta dia pakai stoking vken dan sekarang masih dalam perhatian.

Selain tekanan darah tinggi beliau mempunyai masaalah dibahagian kaki, mungkin gout pun ada sebab kadang-kadang beliau sakit dibahagian kaki, disamping beliau menghadapi masalah kaki berair dicelah-celah jari. Selepas memakai stoking beliau memberitahu saya beliau gembira, masaalah sakit dan berair dibahagian kaki sudah hilang. Beliau juga merupakan pengusaha gaharu dan setiap kali mendaki bukit memeriksa pokok gaharu beliau akan dibantu untuk sampai ke atas bukut. Kini setelah hampir sebulan memakai stoking vken beliau sudah bolek mendaki tanpa bantuan orang lain. Syukur kepada Allah kerana dengan izinnya kesihatan beliau kini bertambah baik.

Training khas


MXB dibawah rankaian L&L dan Y&Y telah bergabung dalam mengambil inisiatif mengadakan kursus khas di Seri Menanti Resort Kuala PIlah, bersebelahan Istana Seri Menanti, selama 2 hari satu malam. Dengan barisan pengajar yang hebat para pesert telah di berikan ilmu-ilmu tentang kusahawanan, produk dan motivasi. Hasil dari kursus ini produk MXB semakin berkembang terutama saya yang baru bertatih dalam bidang ini.

Saya tabik anda

Hj Suzaili, usahawan MXB yang banyak bekerja dari bercakap, bukan macam saya banyak bercakap dan ada la kerja namun tak sehebat hj Suzaili. Beliau kawan lama saya yang sudah lama tak bersua, saya jumpa dia dalam perjumpaan di HQ MXB semasa saya dijemput kepentas memberi kata-kata semangat kepada ahli-ahli dan bakal ahli yang baru. Semasa berada atas pentas baru saya nampak Hj suzaili berada di baris tengah,
Terkini HJ Suzaili sudah melebarkan rangkaian beliau hingga ke Pekan Baru Indonesia dan negara Brunei. Pada saya beliau berpotensi berstatus jutawan dalam masa terdekat, syabas sahabat...

Monday 28 May 2012

Ahli baru...new member

Syabas dan selamat datang kepada ahli-ahli baru dagang4u:
1. Wan Zailan Wan Omar - Seksyen 3, Bdr Baru Bangi
2. Ahmad Husayni Taher - Seksyen 4, Bdr Baru Bangi
3. Aminah Anis -  Seksyen 1, Bdr Baru Bangi
4. Illi Farihah -  Kg Msjid, Lenggeng
5. Ahmad Qusyairi Abdul Rahim, Lavednder Height, Seremban
6. Abd Rahim - Senawang, Seremban
7. Nur Masyitah Sofiya - Sek 5, Bdr Baru Bangi
8. Muhammad Zaim - Sek 5, Bdr Baru Bangi

Kuantan.....sudah boom Vken

Alhamdulillah baru sebentar tadi mendapat panggilan dari En Rusdi, Kuantan yang membawa produk vKen ke Kuantan telah diberi sambutan yang luar biasa. 16 pasang stoking Vken yang dibawa sudah kehabisan. Yang lebih menarik rakaniaga baru di Kuantan telah mencetak dan menyediakan banner bagi mempromosi Vken di Kauntan. Syabas En Rusdi dan isteri Puan Yati....berjumpa dipuncak kejayaan...


Tahniah

Setiap isnin ada perjumpaan

Malam tadi 28Mei 2012 Isnin jam 9 malam perjumpaan berjalan seperti biasa dengan kehadhiran rakan-rakan sekitar Bangi dan kumpulan kaklong Latifah dari Lenggeng dan pak andak jalil. Datin Zainap dan Datuk juga datang memberi sokongan moral. Sepanjang dua jam saya bentangkan manfaat produk dan berkongsi betapa mudahnya berniaga di bawah dagang4u. Apa yang biasa orang fikir jika pendapatan dari perniagaan tersebut  mencecah ratusan ribu malah berjuta  ringgit?.....tentunya dalam fikiran mereka satu perniagaan yang bermodalkan ratusan ribu juga. Namun saya yakin pemikiran seperti itu tidak berlaku dalam dagang4u. Perniagaan yang tidak berisiko langsung, malah boleh dimulakan dengan tanpa modal....untuk mengetahui caranya datanglah setiap isnin jam 9malam. ANda akan menemui jawapannya,

MXB - Memang Tak Bohong
MXB - Modal Tak Besar
MXB - Malas Tak Berjaya

Gout.....apa yang anda patut tahu

Gout adalah satu penyakit arthritis paling menyakitkan.Ia berlaku apabila peningkatan melampau asid urik didalam badan. Pertambahan asid urik melampau ini boleh menyebabkan hablur asid yang tajam terbentuk lalu terkumpul dalam sendi-sendi dan ia seringkali terjadi pada ibu kaki. Asid urik yang terkumpul ini (dipanggil tophi) dan ia kelihatan seperti ketulan-ketulan di bawah kulit. Hablur-hablur asid urik yang terkumpul ini juga boleh menyebabkan terbentuknya batu karang didalam buah pinggang. Serangan pertama gout seringkali berlaku pada ibu kaki. Serangan akan dirasai apabila pesakit bangun dari tidur. Jari kaki terasa panas,sangat sakit, merah dan bengkak
Gout boleh menyebabkan:

  • Kesakitan
  • Pembengkakan
  • Kemerahan
  • Kepanasan
  • Kaku pada sendi-sendi


  • Selain ibu kaki, gout juga boleh menjejaskan:

  • Pergelangan kaki
  • Buku lali
  • Lutut
  • Pergelangan tangan
  • Jari-jari
  • Siku
  • Bacaan sukatan gula dalam darah

    Kadar gula dalam darah semasa berpuasa

    83 mg/dl (4.6 mmol/L) atau kurang

    Kebanyakan individu yang berpuasa bacaan gula dalam darah sekitar 70 mg/dl (3.9 mmol/L).

    Selepas mengambil makanan

    Bawah 120 mg/dl (6.6 mmol/L) satu jam atau dua jam selepas makan.

    Namun kebanyakan orang adalah bawah 100 mg/dl (5.5 mmol/L) selepas dua jam makan.

    Bacaan tekanan darah tinggi

    Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis dan jangan terantuk baru mengadah....Monitor atau memantau kesihatan sangat penting pada setiap individu. Disebabkan tabiat permakanan dan cara hidup sekarang menjurus kepada badan yang tidak sehat, maka wajiblah setiap ornag memantau kesihatan sendiri. Lebih-lebih lagi kos perubatan sekarang semakin mahal, dan tidak keterlaluan jika dikatakan perlunya mengambil takaful perubatan untuk masa depan yang sukar dijangka.

    Vken hadhir ditengah-kekalutan mengurus kesihatan bukan sahaj kepada individu tetapi pihak berkuasayang terpaka menambah bilangan hospital, termasuk hospital pakar, kelinik, termasuk kelinik swasta bagi menampun jumlah paesakit yang makin meninggi. Memakai vKen boleh membantu pesakit atau mereka yang perihatin kepada kesihatan diri sendiri bertujuan preventf dan mengurangkan kadar kesakitan dalam diri. Vken mampu mengurangkan drita sakit tekanan  darah tinggi yang boleh membawa maut. kos membeli sepasang stoking vken jauh lebih rendah dari nilai nyawa.

    Tuan Haji Lockman

    Kalau boleh diberi gelaran, saya suka menamakan tuan haji Lockman ni sebagai bapa direct selling. komitmen beliau dan passion beliau sikar ditandingi...Kalau anak buah beliau memperolehi pendapatan RM2juta, Hj Lockman sepatutnya dapat RM4juta kerana kesungguhan beliau.

    Saya mengenali beliau sebagai seorang kawan yang tak pernah jemu membimbing, memberi semangat kepada saya supaya bersungguh-sungguh dan mahu melihat saya naik pentas sebaris dengan para jutawan MXB. Saya terima cabaran beliau walaupun dalam hati masih ragu-ragu boleh kah saya buat setara dengan beliau.

    Hj Lockman memperoleh pendapata kumulatif RM75 ribu dalam masa 5bulan, dan 2juta dalam masa 4tahun.....boleh ke saya lakukan....InsyaAllah...namun saya akui Hj Lockman memang sukar ditandingi...