Tuesday 24 July 2012

Makluman

Dagang4u webpage akan di sertai oleh iklan dari AdSense yang bagi sesetengah orang merupakan gangguan pemandangan. Sila abaikan jika tidak berminat. Iklan ini sebenarnya muncul berdasarkan perjanjian antara dagang4u dengan Blogspot. Harap maaf

Perubahan tarikh

Ramadhan1 - Majlis berbuka Ramadhan 8 Ramadhan (Ahad 12hb August)
Semua ahli Dagang4u disekitar Bangi, dijemput menghadhiri majlis berbuka puasa ini. Sama-sama kita menunaikan tuntutan agama sambil bertemu dan mengeratkan silaturRahim.

Ramadhan2 - Majlis Bonus Raya (Ahad 12/8) - jam 3 hingga 6petang
Rakan-rakan yang telah memerah tenaga dan idea untuk mengumpulkan seramai mungkin rakaniaga sila lihat bonus yang anda dapat dengan login http://www.mxb2u.com dan transfer USD kepada saya untuk ditukarkan kepada RM pada hari ini. Majlis akan berlangsung dari jam 3 hingga 6petang. Majlis berbuka bersama akan diadakan selepas itu dan tarawikh di Surau AlKauthar

Syukur Aidilfitri - 25 August
Majlis jamuan hari raya buat pertama kalinya. Semua dijemput hadhir

HARD2 - 10 November (10/11/12) Sabtu bertempat di Mayangsari Port Dickson
Himpunan Ahli Rakaniaga Dagamg4u, hari untuk rakaniaga mendapat pengiktirafan dari dagang4u, berupa cabutan bertuah, anugerah pencapaian top5, ceramah motivasi dan lain-lain

Sunday 22 July 2012

Dagang4u bergerak seperti biasa

(Tuan Haji Abd Jalil dengan koleksi Vken yang dipamerkan)
Selamat Menjalani Ibadah puasa Ramadhan
Alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah puasa peringkat pertama iaitu mendapatkan rahmat dari Allah S.W.T dan insyaAllah akan diberikan rezqi untuk menyambung ke peringkat yang seterusnya. Dagang4U terus bergerak walaupun dalam suasana slow dan steady. Taklimat dan perjumpaan dengan ahli akan diteruskan seperti biasa selepas solat tarawikh antara jam 10 hingga 11malam. Taklimat akan di tangguhkan sementara pada 6 August sehingga selepas Idilfitri kerana masih berada di Kota Bharu.

Aktiviti terakhir luar KL adalah di Alor Setar selama 2 hari bersama group Tuan Haji Abd Jalil yang membuka pasaran di Alor Setar. Disamping pameran dan promosi penjualan Vken di karnival disana kita mendapat peluang memberi taklimat kepada guru-guru Maktab Mahmud Pokok Sena. Alhamdulillah kehadhiran Vken disana mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah kepada Tun Haji Abdul Jalil yang telah berjaya membuka laluan baru ke Kedah dan Perlis.

Sementara itu group Kaklong Latifah juga meneruskan rangkaian beliau dari trolak hingga ke Behrang. Tahniah kaklong.

Kepada rakaniag yang lain diharap dapat meneruskan bisne ini dalam bulan Ramadhan yang mulia ini supaya dapat menyambut Eidulfitri dengan poket yang berisi.

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan AlMubarak

Assalamualaikom dan salam Ramadhan AlMubarak kepada semua umat Islam semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih menambahkan keimanan dan ketqwaan kepada Allah S.W.T.  Kedatang Ramadhan membawa keberkatan yang tak bersempadan. Terpulang kepada umatnya sebanyak mana mereka mau pungut segala nikmat yang melimpah ruah di kuniakannNya. Kemuncak tertinggi ialah Lailatul Qodar, yang menunggu untuk memberikan keberkatan dan pahala yang melebihi seribu bulan kepada sesiapa saja yang menncarina. Dagang4U mengharapkan dengan keberkatan yang banyak ini menambahkan lagi semanagat dan kekuatan kepada ahlinya untuk terus menerjah arus mencari rezqi yang sedia di berikan kepada mereka yang berusaha. Selamat menunaikan puasa Ramadhan dan semoga anda semua memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Sunday 15 July 2012

Dagang4U Meneroka pasaran Kedah Perlis

Selasa esok dagang4U mendapat undangan dari rakaniaga Kedah dan Perlis bertempat di Alor Setar, Kedah dan Berseri Perlis. Taklimat yang bakal diadakan adalah lanjutan dari penerokaan ahli dagang4U ke Alor Setar, Kedah dua minggu lalu. Di harapkan dengan meneroka pasaran baru akan memperkuatkan penguasaan dagang4U ke seluruh tanah air dalam memasarkan produk VKen.

dagang4u menembusi Kelab Pesara Tentera

Sebentar tadi satu taklimat rawatan alternatif telah diadakan kepada AJK Kelab Pesara Tentera bertempat di ibupejabat Kelab di Kuala Lumpur. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan diluar dugaan.. Apa yang dapat dagang4U berkongsi ialah penjagaan kesihatan dengan rawatan santai sambil menjana kewangan untuk kelab. Tahniah kepada Tuan Haji Abdul Jalil kerana memberi peluang kepada dagang4u memperluaskan perkongsian kepada mereka-mereka yang memerlukan. Juga kepada pengerusi kelab Dato' Ghazali yang memberi kerjasama yang hebat terhadap konsep rawatan sntai yang diperkenalkan.

Thursday 12 July 2012

Agenda Dagang4u separuh kedua 2012

Ramadhan1 - Majlis berbuka Ramadhan 8 Ramadhan (Sabtu 28 Julai)
Semua ahli Dagang4u disekitar Bangi, dijemput menghadhiri majlis berbuka puasa ini. Sama-sama kita menunaikan tuntutan agama sambil bertemu dan mengeratkan silaturRahim.

Ramadhan2 - Majlis Bonus Raya (Ahad 12/8) - jam 3 hingga 6petang
Rakan-rakan yang telah memerah tenaga dan idea untuk mengumpulkan seramai mungkin rakaniaga sila lihat bonus yang anda dapat dengan login http://www.mxb2u.com dan transfer USD kepada saya untuk ditukarkan kepada RM pada hari ini. Majlis akan berlangsung dari jam 3 hingga 6petang

Syukur Aidilfitri - 25 August
Majlis jamuan hari raya buat pertama kalinya. Semua dijemput hadhir

HARD2 - 10 November (10/11/12) Sabtu bertempat di Mayangsari Port Dickson
Himpunan Ahli Rakaniaga Dagamg4u, hari untuk rakaniaga mendapat pengiktirafan dari dagang4u, berupa cabutan bertuah, anugerah pencapaian top5, ceramah motivasi dan lain-lain.

Sunday 8 July 2012

Ramadhan AlMubarak

Alhamdulillah umat Islam menunggu-nunggu saat tibanya Ramadhan, bulan yang dijanjikan Allan mendapat ganjaran berganda, sehingga melebihi seribu bulan. Saya mengajak sahabat-sahabat yang telah menyertai dagang4u dan yang bakal menyertai dagang4u mari lah sama-sama memanfaatkan bulan kurniaan Allah ini dengan memperbanyakkan infaq sebagai modal kita berbelanja diakhirat. Untuk memberi infaq wang kena banyak wang. Salah satu cara ialah teruskan mengajak kawan-kawan membeli dan menggunakan vken sebagai alternatif rawatan yang berkesan. Jangan jadikan Ramadhan bahan alasan untuk tidak bergerak aktif memasarkan vken. Dengan wang hasil jualan, samada runcit atau bonus, gunakan untuk membantu faqir miskin dan mereka yang memerlukan sepanjang Ramadhan dan Aidilfitri. Semoga usaha sedikit yang kita hulurkan akan mendpat keberkatan dan ganjaran dari Allah. Aminn