Sunday 22 July 2012

Dagang4u bergerak seperti biasa

(Tuan Haji Abd Jalil dengan koleksi Vken yang dipamerkan)
Selamat Menjalani Ibadah puasa Ramadhan
Alhamdulillah kita telah berjaya menjalani ibadah puasa peringkat pertama iaitu mendapatkan rahmat dari Allah S.W.T dan insyaAllah akan diberikan rezqi untuk menyambung ke peringkat yang seterusnya. Dagang4U terus bergerak walaupun dalam suasana slow dan steady. Taklimat dan perjumpaan dengan ahli akan diteruskan seperti biasa selepas solat tarawikh antara jam 10 hingga 11malam. Taklimat akan di tangguhkan sementara pada 6 August sehingga selepas Idilfitri kerana masih berada di Kota Bharu.

Aktiviti terakhir luar KL adalah di Alor Setar selama 2 hari bersama group Tuan Haji Abd Jalil yang membuka pasaran di Alor Setar. Disamping pameran dan promosi penjualan Vken di karnival disana kita mendapat peluang memberi taklimat kepada guru-guru Maktab Mahmud Pokok Sena. Alhamdulillah kehadhiran Vken disana mendapat sambutan yang menggalakkan. Tahniah kepada Tun Haji Abdul Jalil yang telah berjaya membuka laluan baru ke Kedah dan Perlis.

Sementara itu group Kaklong Latifah juga meneruskan rangkaian beliau dari trolak hingga ke Behrang. Tahniah kaklong.

Kepada rakaniag yang lain diharap dapat meneruskan bisne ini dalam bulan Ramadhan yang mulia ini supaya dapat menyambut Eidulfitri dengan poket yang berisi.

No comments:

Post a Comment