Sunday 3 February 2013

Makluman operasi d4U sepanjang Februari 2013


1. Ibu pejabat MXB Kuala Lumpur akan menutup operasi dari 9 Februari hingga 16 Februari.

2. Berikutan penutupn operasi HQ kelas-kelas pada 7Februari dan 16 Februari ditangguhkan

3. MXB akan meneruskan sesi taklimat di Gua Musang pada 8 Februari, Machang 9 Februari, Pasir Mas 10 Februari, Kota Bharu 11Februari dan Pulai Chondong 12 Februari. Sila hubungi rj di talian 013-6681150 untuk keterangan lanjut.

4. Kelas pengajian di D4U Bdr Baru Bangi diteruskan seperti biasa kecuali 11Februari.

Fakta yang perlu anda tahu tentang Reborn Cream


Adakah MAX3 Reborn Cream dikategorikan sebagai ubat?

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam MAX3 Reborn Cream ialah Ekstrak Keladi Liar Amerika, Isoflavon Soya, Ekstrak Biji Anggur dan Minyak Jojoba. Kesemua bahan ini diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan segar dan asli. Keladi Liar Amerika telah lama digunakan sebagai herba tradisional yang penuh khasiat, sama ada dimakan atau disapu terus pada kulit. Untuk memudahkan pengguna menikmati khasiat optimum tumbuh-tumbuhan ini, kesemuanya telah digabungkan dalam MAX3 Reborn Cream melalui kaedah teknologi yang canggih. Oleh kerana MAX3 Reborn Cream bertindak sebagai suplemen kesihatan yang dapat mengawal atur fungsi tubuh, kami menganggap MAX3 Reborn Cream sebagai “suplemen fungsian” dan bukannya sebagai sejenis ubat.

Adakah saya perlu bergantung kepada MAX3 Reborn Cream untuk sepanjang hayat? Jika saya berhenti menggunakan krim ini untuk seketika, adakah kulit atau sistem mekanisme tubuh saya akan menjadi semakin teruk berbanding sebelumnya?

MAX3 Reborn Cream diklasifikasikan sebagai “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh”. Siapakah yang perlu menjalani terapi hormon? Ia diperlukan oleh mereka yang menghadapi masalah hormon yang tidak mencukupi dalam tubuh. Tahap hormon yang rendah akan mempercepatkan proses penuaan dan MAX3 Reborn Cream terbukti berkesan untuk mengatasi masalah ini. Penuaan adalah proses yang berterusan; MAX3 Reborn Cream digunakan khusus untuk melambatkan penuaan. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang berhenti menggunakan krim ini, proses penuaan semula jadi akan kembali bermula tetapi lazimnya dengan kadar yang lebih cepat.

Bolehkah saya menggunakan MAX3 Reborn Cream ketika saya sedang mengambil ubat untuk merawat tekanan darah tinggi?

Krim ini boleh digunakan mengikut dos dan cara pengambilan yang telah ditetapkan. Pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi lazimnya memiliki kandungan lemak dalam darah yang terlalu tinggi hingga menyebabkan saluran darah mengeras dan tekanan darah meningkat. Kebanyakan ubat untuk tekanan darah tinggi bertindak dengan mengembangkan saluran darah atau berfungsi sebagai agen diuretik. MAX3 Reborn Cream membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon – ia meningkatkan tahap progesteron yang bertindak sebagai agen diuretik bagi mengawal tekanan darah. Selain itu, progesteron boleh mengawal atur kandungan lemak darah, meningkatkan keanjalan saluran darah dan mencegah pengerasan arteri. Gabungan krim ini dan rawatan sedia ada pastinya merupakan pilihan yang sungguh tepat!

Dapatkah MAX3 REBORN CREAM mengurangkan masalah rambut gugur?

Bila usia bertambah, rahim menjadi makin lemah dan penghasilan progesterone berkurangan. Apabila ovari hentikan penghasilan progesterone, kelenjar suprarenal memikul tugas baru menghasilkan hormon wanita. Dalam proses tanggungjawab tersebut, kelenjar turut hasilkan androgen (hormon lelaki pada wanita) yang mengakibatkan lebih rambut di wajah dan tubuh manakala rambut di kepala makin menipis. Apabila tubuh dapat bekalan progesteron yang cukup, cortex adrenal di kelenjar supraneral tidak lagi perlu hasilkan progesteron tambahan untuk gantian, itu bermakna androgen akan di kurangkan. Progesteron juga dikenalpasti mempunyai kesan anti-depressi oleh itu ia mampu kurangkan tekanan jiwa yang berkaitan rapi dengan pernipisan rambut di kepala.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream membantu menyelesaikan masalah bulu roma berlebihan?

Androgen atau hormon lelaki yang dirembeskan oleh ovari dan kelenjar suprarenal berfungsi merangsang pertumbuhan bulu roma pada wanita. Sekiranya tahap testosteron terlalu tinggi, bulu roma berlebihan akan tumbuh pada bibir, dagu, bahu dan paha dan ini pasti menyebabkan wanita itu terasa tertekan. Terapi progesteron merupakan kaedah rawatan yang lazim digunakan kerana ia boleh menyekat proses penghasilan hormon lelaki secara tidak langsung. MAX3 Reborn Cream membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon, oleh itu, ia adalah sumber semula jadi terbaik untuk progesteron dan sangat sesuai digunakan bagi mengatasi masalah pertumbuhan bulu roma berlebihan pada wanita.

Bolehkah MAX3 REBORN CREAM mampu membantu luka, kesan melecet dan kesakitan otot?

MAX3 REBORN CREAM boleh mengurangkan luka, kulit merekah, lebam dan alah kulit. Ia juga boleh diguna untuk merawat ulser kulit. Apabila disapu pada otot yang sakit, ramai yang menyatakan rasa lega. Kadangkala, krim ini turut digunakan oleh pemilik binatang perliharaan ke atas haiwan tersebut untuk merawat luka serta ulser.

Mampukah MAX3 REBORN CREAM merawat gout?

MAX3 REBORN CREAM adalah penjagaan kesihatan tambahan, bukannya ubat. Ianya bukan untuk merawat penyakit. Gout disebabkan oleh metabolisma yang lemah, bukan dicetus oleh hormon. Walaubagaimanapun, MAX3 REBORN CREAM membantu rembesan kelenjar yang menormalkan metabolisma, kekerapan gout boleh dikurangkan. Tambahan pula, kortisol yang diubah dari MAX3 REBORN CREAM dapat mengurangkan keradangan dan kesakitan, maka kesan gout akan berkurangan.

Tangan dan jari saya membengkak dan kebas. Saya tak mampu menggenggam tangan, maka bolehkah pengunaan MAX3 REBORN CREAM membantu?

Dari statistik yang direkod, ramai penghidap lelaki dan perempuan mengalami pengurangan kesakitan dan bengkak selepas 5 hari penggunaan berterusan. Kekebasan tangan juga dikurangkan.

Selepas menyapu MAX3 REBORN CREAM sebelum tidur , saya alami kesukaran untuk tidur?

Dengan menormalkan tahap hormon, kualiti tidur yang nyenyak dapat dicapai. Adalah disarankan untuk menyapu krim sekurang-kurangnya 4 atau 5 jam sebelum tidur kerana MAX3 REBORN CREAM bertindak pantas ke dalam system hormon dan memberi tenaga pada tubuh. Maka, jika anda mengalami masalah untuk tidur selepas menyapu krim, cuba sapukan pada waktu lebih awal seperti saranan di atas.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream membantu mengurangkan berat badan?

Jika pengumpulan lemak terjadi akibat ketidakseimbangan endokrin atau proses metabolisme yang terganggu, MAX3 Reborn Cream boleh membantu menormalkan semula rembesan hormon dan mempercepatkan metabolisme; penahanan air dalam tubuh akan berkurangan supaya berat badan semakin turun. Dengan diet yang sempurna, senaman fizikal yang sesuai atau urutan yang membantu membakar lemak berlebihan, usaha pengurangan berat badan pasti akan tercapai dengan lebih mudah.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream digunakan oleh lelaki?

Ya, lelaki juga boleh menggunakan MAX3 Reborn Cream. Ia merupakan sumber bahan-bahan mentah utama yang seterusnya akan diproses menjadi hormon lelaki oleh tubuh manusia. Untuk lelaki yang sudah berusia, krim ini sangat berkesan bagi menyihatkan kulit, mengurangkan tetua dan juga mencegah osteoporosis.

Adakah sifat lelaki akan bertukar menjadi kewanitaan selepas menggunakan MAX3 Reborn Cream?

Tidak sekali-kali. Bahan utama yang terkandung dalam MAX3 Reborn Cream ialah Keladi Liar Amerika yang boleh diambil dengan selamat oleh lelaki dan juga wanita. Ia merupakan prekursor hormon yang berfungsi bagi membekalkan bahan-bahan mentah untuk penghasilan hormon. Bahan aktif ini akan ditukar menjadi progesteron bagi wanita dan testosteron bagi lelaki. Keladi Liar Amerika amat berkhasiat untuk menyuburkan tiroid, kelenjar adrenal dan testis serta melancarkan mekanisme tubuh. Oleh itu, sekiranya seseorang lelaki menggunakan MAX3 Reborn Cream, sifatnya tidak akan berubah menjadi kewanitaan. Sebaliknya, sifat kelelakiannya akan semakin terserlah.

Bolehkah MAX3 Reborn Cream meningkatkan keinginan seks?

Ya, jika digunakan dengan sewajarnya. Namun begitu, MAX3 Reborn Cream bukanlah dikategorikan sebagai afrodisiak. Keinginan seks lazimnya berkait rapat dengan keadaan psikologi dan fisiologi tubuh. MAX3 Reborn Cream berfungsi untuk mengawal atur dan melancarkan sistem tubuh agar sistem fisiologi tubuh kembali normal dan apabila ini tercapai, keinginan seks mungkin akan menjadi bertambah kuat.

Adakah pengambilan ekstrak plasenta lebih bermanfaat untuk saya?

Ekstrak plasenta diambil daripada uri haiwan dan mengandungi pelbagai jenis bahan bioaktif. Manfaat penggunaannya sukar untuk ditentukan. Plasenta haiwan juga mungkin mengandungi virus (seperti AIDS, Hepatitis B) dan proses penghasilannya sering terdedah kepada pelbagai kontaminasi. Faktor-faktor ini perlu dipertimbangkan sebelum anda memulakan sebarang bentuk rawatan berunsurkan ekstrak plasenta haiwan. Sebaliknya, MAX3 Reborn Cream adalah “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” dan tidak akan menimbulkan masalah seperti di atas kerana ia diekstrak sepenuhnya daripada tumbuh-tumbuhan. Anda juga harus ingat bahawa progesteron yang terkandung dalam ekstrak plasenta haiwan ini boleh dimusnahkan oleh asid perut dan apabila ini terjadi, keberkesanannya akan terhapus sama sekali.


Adakah MAX3 REBORN CREAM berkesan untuk simtom selepas menopause?

Wanita dari tahun 60an dan 80an akan mengalami kekeringan kulit, kedutan di muka dan tangan, saluran darah serta bintik coklat akan timbul pada kulit. MAX3 REBORN CREAM mampu menghasilkan pemulihan menakjubkan pada kulit selepas beberapa minggu, walaupun ada yang memerlukan lebih masa (beberapa bulan). Kesan ketara seperti lenyapnya bintik coklat (tompok usia) serta rerambut di belakang tangan.

Mengapa kulit saya menjadi bertambah hitam selepas menyapu MAX3 REBORN CREAM?Berapa lama masa diambil untuk merawat pigmentasi? Bagaimana harus saya gunakan krim?

Apabila usia mencecah setengah abad, sistem hormon dalaman kita mula lembab oleh itu ia menjadi tidak seimbang. Apabila melanin kulit tidak dimetaboliskan dengan cukup pantas, pigmentasi atau ‘tompok usia’ mula terhasil di permukaan kulit. Apabila anda mengguna MAX3 REBORN CREAM untuk perbetulkan keadaan, system tubuh anda akan menyahkan melanin berlebihan melalui kulit, mengakibatkan kulit anda tampak lebih gelap pada peringkat permulaan. Apabila keseimbangan metabolisma melanin dipulihkan dan setelah lapisan kulit kasar dibuang, kulit anda akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Proses ini lazimnya mengambil masa 120 hari. Untuk mendapat kulit yang lebih sihat dan berseri, amat perlu menggunakan produk berdasarkan arahan penggunaan.

Bolehkah terapi progesteron berkesan untuk merawat osteoporosis?

Kebanyakan pakar perubatan akan memberitahu wanita menopaus bahawa osteoporosis adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, Dr. John Lee M.D. berpendapat sebaliknya. Sepanjang penyelidikan dan pemerhatian selama bertahun-tahun lamanya, beliau telah berjaya merawat 100 wanita menopaus hanya dengan menggunakan Ekstrak Keladi Liar Amerika, bahan utama yang terkandung dalam MAX3 Reborn Cream. Kebanyakan pesakit beliau menghadapi masalah pengurangan ketinggian tubuh (salah satu simptom osteoporosis) dan ramai juga yang mengalami patah atau keretakan tulang lebih daripada sekali. 

Kajian menunjukkan bahawa progesteron yang dijanakan oleh “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” ini berjaya menambahkan ketumpatan tulang sebanyak 10% sepanjang 6~12 bulan pertama terapi. Peningkatan tahunan sebanyak 3~5% boleh dilihat dalam tahun-tahun berikutnya sehinggalah tahap ketumpatan tulang yang bersamaan dengan seseorang yang baru berusia 35 tahun dicapai. Kesan pemulihan ini boleh dilihat dengan lebih ketara dalam kes-kes yang serius. Sepanjang penyelidikan, tiada sebarang laporan mengenai patah tulang akibat osteoporosis diterima daripada kumpulan subjek tersebut. 

Berbekalkan bertahun-tahun pengalaman, Dr. John Lee M.D. telah membuktikan bahawa osteoporosis bukan sahaja boleh dielakkan, malah ia juga dapat dirawat. Program rawatan yang dipelopori beliau telah berjaya meningkatkan ketumpatan kalsium dalam vertebra, femur, humerus dan tulang rusuk.

Dr. John Lee juga telah menunjukkan bahawa terapi progesteron tulen sememangnya berkesan walaupun seseorang wanita sudah lama menopaus. Antara subjek dalam kumpulan kajian beliau ialah seorang wanita berusia 82 tahun yang berjaya menambahkan 40% ketumpatan tulang selepas menjalankan rawatan selama 4 tahun. Lebih mengagumkan, tiada seorang pun daripada 100 subjek kajian ini mengalami sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.

Berdasarkan kajian di atas, kesimpulan boleh dibuat bahawa osteoporosis bukan terjadi akibat penuaan, sebaliknya, ia berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Penggunaan Ekstrak Keladi Liar Amerika untuk membekalkan bahan-bahan mentah bagi menghasilkan hormon-hormon utama seperti progesteron dan estrogen, pengambilan diet yang seimbang dan senaman yang sesuai pasti berkesan untuk mengawal kemaraan osteoporosis.

Untuk mengatasi masalah osteoporosis, seseorang harus mengambil lebih banyak kalsium bersama vitamin D atau makanan berasid bagi membantu penyerapan kalsium. Perlukah saya menggunakan MAX3 Reborn Cream juga?

Pencegahan osteoporosis bergantung kepada penyerapan kalsium dan bukannya kuantiti kalsium yang diambil. Vitamin D dan makanan berasid dapat membantu saluran pencernaan menyerap kalsium tetapi ia tidak menjamin bahawa kalsium dalam darah akan berjaya ditukarkan menjadi tulang. Tahap kalsium darah yang tinggi pula mungkin mengakibatkan pembentukan batu karang. Kaedah terbaik untuk meningkatkan ketumpatan tulang adalah melalui kaedah pemprosesan kalsium oleh aktiviti biologi tubuh yang dirangsang oleh progesteron. MAX3 Reborn Cream adalah “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” yang berupaya membantu tubuh untuk menghasikan progesteron bagi mengawal ketumpatan tulang daripada merosot. Penggunaan MAX3 Reborn Cream boleh digabungkan bersama pengambilan vitamin D atau makanan berasid untuk memperoleh hasil yang lebih baik.

Apakah kaitan tahap penyerapan dengan kuantiti penggunaan MAX3 REBORN CREAM dalam kes wanita yang telah menopaus?

Semakin cepat tahap penyerapan, semakin banyak kuantiti progesteron asli diperlukan. Jika krim diserap dalam masa kurang daripada 2 minit, ini menunjukkan lebih kuantiti perlu diguna. Tempuh 5 minit lazim dijadikan sebagai tauladan. Anda boleh mencapai tahap tersebut selepas 2 hingga 4 hari penggunaan.

Bolehkah lemak pada wajah dikurangkan, keanjalan payudara bertambah dan bentuk punggung menjadi menawan dengan hanya satu botol MAX3 Reborn Cream?

Boleh, kerana hormon berkait rapat dengan kelahiran, tumbesaran, perkembangan dan penuaan seseorang manusia. Pada peringkat tumbesaran (terutamanya bagi wanita), bentuk tubuh akan menjadi semakin ketara dan kulit kelihatan cantik dan berseri hasil peningkatan tahap hormon di dalam tubuh. Setelah hormon mencapai kemuncaknya, ia akan kembali turun dan ini akan mencetuskan penuaan! MAX3 Reborn Cream bertindak sebagai sumber bahan mentah bagi meningkatkan semula tahap hormon yang semakin kurang ini untuk mengatasi tanda-tanda penuaan dan mengekalkan fungsi tubuh yang lancar!

MAX3 Reborn Cream boleh menganjalkan payudara dan melangsingkan tubuh. Jika disapu terus pada payudara, adakah bahagian ini akan mengecil?

Anda harus faham bahawa hormon bertindak secara dalaman dan setiap kelenjar mempunyai fungsi yang unik. Itulah sebabnya semasa baligh, buah dada seseorang gadis akan terbentuk dengan baik tetapi pinggangnya akan mengecil. Atas sebab yang sama, seseorang budak lelaki tidak akan membesar menjadi wanita! Tubuh kita memiliki struktur unik dengan keupayaan untuk mencapai keseimbangan secara bebas dan juga dengan bergantung antara satu sama lain. Hormon akan mempengaruhi tubuh secara keseluruhan dan bukannya pada luaran sahaja. Oleh itu, masalah yang anda bimbangi ini tidak akan timbul.

Apakah faktor-faktor yang menyumbang terhadap keberkesanan MAX3 Reborn Cream dalam mengembalikan semula keremajaan dengan begitu cepat?

(1) MAX3 Reborn Cream mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Keladi Liar Amerika yang memiliki struktur molekul yang sama seperti molekul hormon manusia. Ia merupakan prekursor lebih 50 jenis hormon yang boleh ditukarkan menjadi hormon asli yang diperlukan oleh tubuh. 

(2) MAX3 Reborn Cream juga mengandungi satu lagi bahan penting iaitu Ektrak Biji Anggur yang sangat handal menentang radikal bebas kerana ia memiliki 18 kali ganda Vitamin C dan 50 kali ganda Vitamin E berbanding ekstrak lain. Ia juga berupaya melancarkan pengaliran darah bagi mempercepatkan penyerapan bahan-bahan aktif 

(3) MAX3 Reborn Cream menggunakan kaedah PET (Permeation Excipient Technology), sistem transmisi nanoteknologi terkini, sebagai medium pengangkutannya. Inilah faktor-faktor yang menjadikan MAX3 Reborn Cream begitu efektif.

Mengapa sesetengah pengguna tidak memperoleh kesan yang ketara manakala pengguna yang lain pula mungkin menunjukkan tindak balas pada peringkat permulaan sahaja?

Usaha menterbalikkan penuaan seharusnya melibatkan proses penyuburan jangka panjang bagi mengekalkan keremajaan untuk tempoh yang lebih lama. Jika tubuh sudahpun berada dalam keadaan sihat dan stabil, anda mungkin tidak akan dapat melihat sebarang perubahan yang ketara.

Jika “krisis pemulihan” berlaku hanya pada bahagian tertentu tubuh, adakah ia bermakna bahawa bahagian tersebut tidak sihat?

Ya, tubuh kita mempunyai pelbagai kaedah dan saluran yang sesuai untuk mengumuhkan toksin. Lazimnya, proses ini melibatkan bahagian tubuh yang paling bermasalah dan yang amat memerlukan perhatian.

Adakah MAX3 Reborn Cream dikategorikan sebagai steroid?

MAX3 Reborn Cream sama sekali tidak mengandungi sebarang steroid. Kami juga mempunyai pelbagai laporan kajian bagi membuktikan ia tidak mengandungi apa jua jenis hormon. Oleh itu, ia sememangnya amat selamat untuk digunakan.

Jika saya hanya menyapu MAX3 Reborn Cream pada kulit tanpa melakukan urutan, adakah hasilnya akan berbeza?

Urutan lazimnya dianggap sebagai salah satu cara untuk melegakan otot-otot yang tegang dan sakit-sakit badan. Ia menggalakkan penyerapan krim dan merupakan salah satu bentuk bantuan dari luar. MAX3 Reborn Cream boleh mengawal atur dan menormalkan kembali rembesan kelenjar yang bertindak dari dalam tubuh. Apabila kedua-dua bentuk bantuan ini digabungkan, kesannya akan kelihatan lebih ketara. Sekiranya krim disapu tanpa sebarang urutan, bahan-bahan aktif akan tetap diserap oleh tubuh. Jika bahan aktif produk ini diserap, maka sudah pasti anda akan dapat melihat hasilnya.

Adakah MAX3 Reborn Cream mempunyai sebarang kesan sampingan? Adakah ia akan berinteraksi dengan ubat-ubatan lain?

Meenurut Dr. Dalton dan melalui pelbagai kajian serta penerbitan pakar perubatan yang lain, hormone-hormon sintetik dan semula jadi mungkin akan mencetuskan pendarahan yang mempunyai ciri seperti haid biasa. Walau bagaimanapun, hanya beberapa orang sahaja yang akan mengalami masalah ini jika hormon semula jadi terus diambil untuk tempoh yang panjang. Pendarahan seperti haid ini lazimnya berlaku semasa kitaran haid pertama dan kedua selepas produk mula diambil; kitaran haid ke-3 hingga ke-5 akan menjadi bertambah stabil dan pendarahan ini lazimnya tidak lagi dialami selepas itu. Sehingga kini, tiada lagi laporan yang diterima tentang penyakit kanser yang tercetus akibat penggunaan terapi hormon tulen. Namun begitu, terdapat beberapa laporan perubatan yang mencadangkan penggunaan “terapi hormon yang dihasilkan sendiri oleh tubuh” untuk merawat kanser rahim. MAX3 Reborn Cream terbukti tidak berinteraksi secara negatif dengan ubat-ubatan lain.

Walaupun menggunakan MAX3 Reborn Cream, saya masih mengalami senggugut sepanjang dua hari pertama haid. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika anda meneruskan penggunaan krim ini, sakit senggugut lazimnya akan berkurangan dan tidak lagi dialami selepas 3 hingga 4 kitaran haid. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda supaya menggunakan krim ini dengan lebih kerap dan dalam kuantiti yang lebih banyak supaya masalah anda akan selesai dengan lebih cepat.

Bolehkah ibu-ibu menyusu menggunakan MAX3 Reborn Cream?

Kami tidak menggalakkan ibu-ibu untuk menggunakan MAX3 Reborn Cream semasa menyusukan bayinya kerana bahan-bahan mentah dalam MAX3 Reborn Cream mungkin akan diserap masuk ke dalam susu ibu dan dihisap oleh bayinya yang masih terlalu muda untuk meneutralkan bahan ini