Sunday 31 March 2013

Pekembangan MXB Kelantan menakjubkan

Sebelum ke Kelantan, Lembah Kelang ialah lubuk pertama yang diterokai oleh dagang4U, dan di Kelantan merupakan lubuk kedua yang sangat cepat perkembangan perniagaan MXB berkembang. Walaupun pada peringkat awal hanya dibuat table talk sahaja dengan leader-leader sekitar Kota Bharu, Bachok dan Pasir Mas, ianya terus berkembang sehingga MXB dapat mengadakan NDO pertama di Kelantan. Terkini sudah ada stokist e-Mobile di Ketereh Kelantan yang diusahakan oleh cikgu Abdullah Jusoh. Sebuah lagi e-mobile akan wujud di Gua Musang bagi memenuhi keperluan stok di Kelantan Selatan yang akan diusahakan oleh Tuan Haji Kamaruzaman. Kepada rakan2 di Kelantan sila hubungi cikgi Abdullah bagi kawasan utara dan Tan Haji Kamaruzaman bag Kelantan Selatan.

Komunikasi:
1. Cikgu Abdullah Jusoh: 019-9365859
2. Tuan Haji Kamaruzzaman: 010-9248058

Thursday 28 March 2013

Langkah terus menerus

MXB Kelantan dibawah arkitek cikgu Din dan Rosli Abd Rahman mengorak langkah seterusnya dengan mengadakan kursus pertama diKelantan untuk memastikan ahli MXB Kelantan bermaklumat dan berupaya mengembangkan perniagaan MXB di Kelantan. Mungkin ramai sudah maklum Kelantan mempunyai pembeli, peruncit dan pemimpin perniagaan yang ramai. Walaupun pada peringkat ini hanya ahli-ahli yang terpiih sahaja yang dijemput hadhir namum kurus yang diadakan berjalan dalam suasana gamat interaktif dan panas. Peluang ini diambil oleh ahli untuk mengenali pemimpin senior dan telah berjaya iaitu antaranya Tuan Haji Lockman yang dibawa khas dari Kuala Lumpur. Kursus telah dikendalikan oelh pegawi MXB yang berpengalaman dan sangat membantu Mr Kelvin Ong...

Wednesday 13 March 2013

Info Kesihatan

SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.....

Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan. Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat. Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik. Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan. “Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan. “Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi. Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar. “Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut. “Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasny

Monday 11 March 2013

Penemuan saintis tentang penyakit jantung manusia


CHICAGO - Walaupun tanpa makanan segera atau rokok, manusia telah mengalami masalah jantung tersumbat kira-kira 4,000 tahun lalu, menurut satu kajian ke atas lebih 100 mumia.
Menurut beberapa penyelidik, penemuan itu menunjukkan sakit jantung mungkin kerana faktor semula jadi kerana umur manusia semakin tua berbanding faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tersebut seperti merokok, memakan makanan berlemak dan tidak bersenam.
Penemuan itu dibuat menerusi imbasan tomografi berkomputer ke atas 137 mumia.
Mumia-mumia itu ada yang berusia sehingga 50 tahun.
Imbasan tersebut menunjukkan satu pertiga daripada mumia itu mengandungi tanda-tanda aterosklerosis atau pengerasan arteri.
Ia dilakukan ke atas mumia yang dipercayai pernah menjalani kehidupan yang sihat semasa hidup.
Aterosklerosis menjadi punca berlakunya serangan jantung dan strok.
Lebih separuh daripada mumia yang menjalani imbasan itu berasal dari Mesir.
Baki mumia lain datang dari Peru, barat daya Amerika dan Kepulauan Aleutian di Alaska.
"Sakit jantung telah melanda manusia lebih 4,000 tahun di serata dunia," kata seorang pakar kardiologi di Institut Jantung Saint Luke's Tengah Amerika di Kansas, Dr. Randall Thompson.
Beliau merupakan ketua penulis kajian itu.
Mumia-mumia yang didapati mempunyai tanda-tanda aterosklerosis itu didapati mati pada usia yang tua.
Penyakit jantung merupakan punca utama kematian lelaki dan wanita di Amerika Syarikat (AS).
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kira-kira 600,000 orang mati pada setiap tahun di negara ini kerana sakit jantung. - Agensi

Thursday 7 March 2013

D4U menawan Gua Musang, Kelantan, ..Merapoh, Pahang

bersama Che Mat, orang kuat Akedemi...

Nasrom Nor...arkitek D4U Gua Musang

MXB group d4U menawan Akedemi Musang, Gua Musang

Akademi memandu yang luas, selesa terletak di Simpang Kundur, Gua Musang

Pandangn jarak dekat Litar Memandu Akademi 

Che Mat dan Nasrom akan menggerakkan rangkaian MXB di Gua Musang

Kantin tempat para pelajar dan kakitangan akademi menjamu selera

RJ bersama Che Mat...kita yakin dengan izin Allah Gua Musang akan mengenali produk-produk MXB
RJ bersama bos dan pemilik Akademi Tuan Hj Amri, dengan skonga Tuan Haji Amri Vken mampu meneroka lebih jauh


RJ diapit oleh dua orang kuat Akademi....syabas Tuan Haji....we go together..
Malam terakhir di pondok Merapoh bersama Tuan Guru Hj Abdullah di pondok beliau..