Thursday 23 August 2012

5 Tahun bisnes MXB yang cemerlang

Lesen Jualan Langsung MXB sehingga 2014
MXB bergerak dengan cemerlang sejak tahun 2007 dan dengan berkat kesungguhan ahlinya dijangka MXB akan terus cemerlang. Kekuatan MXB kerana produk yang dikenalpasti hebat dan berkesan kepada pengguna tanpa khuatiri risiko yang tidak baik. Selain produk yang hebat, MXB di tunjangi oleh pemimpin-pemimpin yang dedikasi dan bersemangat waja. Dengan adanya majlis, mesyuarat, latihan  mingguan ahli sentiasa dibekalkan ilmu yang cukup secara percuma. Disarankan ahli-ahli baru mengambil peluang ini untuk menimba ilmu samada hadhir di ibupejabat di Taman Desa, KL atau di dagang4U, Bandar Baru Bangi. Usaha akan dilakukan selepas Aidilfitri ini untuk mengadakan cawangan latihan di Alor Setar, Kedah bagi menampun ahli-ahli dikawasan utara semenanjung.

Sunday 19 August 2012

Salam Aidilfitri

Alhamdulilah kita telah sama-sama dianugerahkan umur untuk menghabiskan ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan dengan pengisian solat tarawih dan amalan-amalan sunat lainnya. D4U mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua ahli, rakaniaga, pengguna produk dan prospek D4U. Marilah sama-sama kita mengambil kesempata ini untuk bermaaf-maafan. Disamping itu jangan lupa tugas kita memberi penerangan kepada prospek tentang keajaiban produk ini semoga memberi manfaat bagi mereka yang memerlukan. Dengan D4U kita sama-sama dapat menjana kewangan disamping mengguna produk yang dapat membantu memperbaiki tahap kesihatan kita insyaAllah...

Sunday 12 August 2012

Iftar D4U 2012/1433

tetamu D4U berbaris mengambil makanan

Sham dan cikgu Mohd Lamin bercerita tentang testimoni dan plan selepas raya

Zaidi dari Seremban


ahli baru cikgu Zanariah dan cikgu Ab Rahim bersama Linda dari Beranang

Anank-anak pun sama-sama berbuka puasa


Meja penuh, berbuaka cara santai....
Iftar D4U telah berjalan dengan lancar semalam 18hb August 2012 bersamaan 24Ramadhan 1433 dengan kehadhiran rakaniaga baru dan lama. Walaupun juadah ringkas dengan hidangan nasi dagang nasi selera kampong dengan kuih muih serba sedikit. Disebabkan sebilangan besar ahli tidah dapat hadir dan ramai juga yang saat-saat terakhir menguzurkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, banyak hidangan yang lebig dan hadhirin boleh bawa pulang. Keselruhannya sebagai penganjur sangat berpuashati dengan majlis kali ini dan harapkan hadhirin yang lebih baik untuk masa-masa akan datang jika diizinkan Allah. Kepada yang tidak dapat hadhir, jangan sedih kita sama-sama doakan  majlis lain-lain yang dirancang akan lebih meriah.

Wednesday 8 August 2012

Vken alternatif penawar penyakit abad ini

Manusia tak akan sunyi dari menerima ujian penyakit. Dari abad ke abad bermacam penyakit dideritai oleh manusia dan manusia diberi akal untuk berikhtiar mengubati penyakit. Bermacam method digunakan bagi mengubati penyakit samada cara ubat-ubatan yang dihasilkan dari dadah atau homoepathy atau cara agama, semuanya menjurus kepada ikhtiar manusia mengubati penyakit. Memangpun tujuan Allah memberi penyakit dan akal untuk manusia menerima ketentuan ujian dan berikhtiar menyembuhkan penyakit.

Vken muncul mengiringi ikhtiar manusia yang sedia ada dengan memberi satu lagi alternatif kepada pencarian penawar penyakit. Vken menawarkan teknologi mengawal kepekatan darah yang menyebabkan berbagai penyakit kronik. Darah amat penting sebagai transport kepada segala pegerakan tubuh manusia, pemberi maklumat dan pembawa oksijen ke otak. Kepekatan darah akan menyebabkan ianya tersekat dari membawa oksijen ke segenap sel tubuh, menyebabkan terjadi anggota kebas, mati dan sebagainya. Penyakit darah tinggi terjadi bila darah tidak bersih, pekat dan sukar bergerak tanpa tolakan yang kuat dari jantung. Jantung menerima tugas berat menggerakkan darah menyebabkn jatung jadi lemah, tekanan makin tinggi. Lagi menambah kroniknya bila terdapat mendapan kolestrol yang semakin membusut di dinding saloran darah. Darah pekat yang dibantu dinding saloran darah yang sempit, maka akan terjadi darah membengkak, jantung membesar, malah saluran pecah dan berlaku stroke.

Dalam suasana yang kronik, darah tinggi, lemah jantung, kolestrol, alternatif yang dibawa oleh Vken tak sepatutnya dipandang enteng. Memakai Vken adalah usaha manusia yang sedar akan keperluan penyembuhan atau penawar kepada penyakit. Pesakit kronik yang tidak berusaha dan berikhtiar dengan apa cara sekalipun amat tidak wajar, apalagi produk Vken hanya dipakai tidak perlu dimakan...fikir-fikirla...